Wednesday, May 6, 2015

Tuhan, aku rindu. :'(

...bismillah...

Bila Allah cemburu dengan manusia, Allah sungguh hati cukup resah gelisah. Menandakan Dia mahu hati kita hanya berharap padaNya. Dan bila hati mula gelisah, kau tahu kau perlukan Dia.

Tuhan,
Ampunkan andai terlalu aku berharap pada yang selain dariMu. Sungguh, aku tak ingin. Sungguh, aku rindu rasa rindu cinta sayang yang pernah hati ni rasa terhadapMu. 

Tuhan,
Aku tahu aku semakin menjauh. Tapi, aku pinta jangan Kau pun menjauh dariku. Sungguh, aku tak betah kerana aku perlukanMu Tuhan.

Tuhan,
Aku rindu saat berdua. Aku rindu saat aku habiskan masa hanya untukMu. Dan aku sedar, masa tu semakin mengikis dek kerana dunia. Tuhan, aku rindu.

Tuhan,
Terima kasih untuk kesedaran. Terima kasih untuk tak meninggalkan. Terima kasih untuk masih menyayangi. Tuhan, aku rindu.

Tuhan,
Sesat aku Kau tunjukkan jalan. Hilang arah tuju Kau tuntun ke jalanNya. Apa lagi yang aku mahu? Tuhan, aku betul rindu.

No comments: