...bismillah...
Wujudnya keserasian bila kau dan aku punya rasa untuk terima dan tampung kurang dan lebih. Tapi, bila kurang yang kau perhati, lebih kau persoalkan, maka di mana keserasian mahu timbul?
Cuba, untuk fikir tentang salah diri dahulu sebelum kita fikir salah manusia lain. Aku pun tak sehebat itu, tapi tak salahkan mencuba? Ya, mungkin aku juga ada salahnya. Tapi bukankah kita ada ruang untuk berbicara salah khilaf diri?
Aku sedar, kini aku cepat memberontak. Mungkin kerana kurangnya komunikasi aku dengan Tuhan. Ya, itu aku akui. Masih, aku mahu fikir yang terbaik dari Allah. Bila aku dengar keluhan berat itu, aku jua persoalkan diri aku.
Keinginan aku, aku mahu Tuhan penuhi.
Apa aku cukup penuhi keinginan Tuhan?
Kehendak aku, aku mahu Tuhan segera tunaikan,
Apa aku bersegera dalam menunaikan hak Tuhan?
Hari ini, manusia sebegini dengan aku. Kiranya aku fikir, aku jua punya khilaf. Tuhan menegur, aku perlu peka. Tuhan, terima kasih.
No comments:
Post a Comment