Friday, May 4, 2012

Muhammad Habibullah

...bismillah...



rindu kami ya rasul akankah sampai pada-mu,
cinta kami ya rasul tak sabar ingin bertemu,
dalam hidup sekejap ini kujunjung nama-mu!
cinta rasul~

kisah dari seorang ustaz di IKIM, lupa la nama dia -.-'

kisah ni dari sebuah hadis riwayat bukhari, tapi diolah dalam bentuk cerita..ada la seorang perempuan ni nak sangat bagi hadiah untuk baginda sesuatu..dia tenun sehelai selendang dengan tangannya sendiri..masa tu jugak, rasulullah sedang berhajat nak sehelai selendang untuk dipakai..lepas perempuan tadi siap tenun selendang tuh, dia pom pegi bertemu rasulullah untuk bagi selendang tuhh :)

Wahai Rasulullah! Selendang ini sengaja saya tenun dengan kedua tangan saya ini untuk saya hadiahkan kepada engkau supaya engkau memakainya. 

nabi suka sangat dengan selendang tuh..baginda pom pakailah selendang tuh dengan rasa happy yang amat, ye la sebab baginda memang nakkan selendang, alih-alih ada orang bagi hadiah, siap tenun sendiri pulak tuh..macam yang kita maklum, pemberian orang yang buruk pom baginda terima dengan senang hati, nikan pulak pemberian ikhlas dan bagus dari seseorang yang memang dikhaskan untuk baginda :)

lepas tuh, baginda keluar dengan memakai selendang tuh..tapi, ada la sorang sahabat nih suka tengok selendang baginda..dia berhajat untuk memiliki selendang nabi nih, so dia pom cakap,

Wahai Rasulullah! Alangkah indahnya kain ini. Berikan ia kepadaku.

nabi dengan tenangnya jawablah,

Ya. 

lepas tuh, baginda masuk rumah then terus lipat selendang tuh untuk diberi kepada sahabat yang mintak tadi..lepas tuh, semua sahabat lain marah dengan sahabat tuh sebab macam biadab la mintak sesuatu dari baginda, padahal terang-terang doh nampak baginda memang suka sangat pakai selendang tuh..plus, memang sahabat arif sangat dengan sikap rasulullah yang tak penah nak tolak permintaan orang apatah lagi permintaan sahabat -.-'

so, sahabat ni rasa bersalah bila sahabat-sahabat macam menyalahkan dia..dia pom bersuara,

Demi Allah aku tidak memintanya kerana aku mahu memakainya, tetapi aku mahu menjadikannya sebagai kain kafan bila aku mati nanti.

seee? hebatkan sikap rasulullah? andai kita di tempat baginda, sanggup ke kita bagi apa yang kita sayang pada orang lain? dah la memang itulah satu-satunya selendang yang ada, lepas tuh ada pulak sahabat mintak, Allah manusia jenis apakah ini yang memiliki sifat yang sangat mulia tak terbanding >.< tak terkata kita, apatah lagi nak mencontohi, sungguh masih terlalu banyak jurang antara sifat kita dengan baginda :(

ya rasul, kami rindu! kami cinta!.

__________
bila hati gersang, mulalah nak cari kisah-kisah kekasih Allah nihhh :( banyaknya yang taktahu, macam mana nak contohi? banyak jugak yang dengar hanya di hujung telinga, macam mana nak cerita dekat anak soleh solehah nanti? banyak yang tercicir, macam mana nak cakap hebatnya rasulullah dekat anak-anak murid nanti? malah, apa jawapan bila orang tanya, mana bukti kamu cinta? mana bukti kamu rindu? :'(

No comments: