Monday, March 12, 2012

sayang!

...bismillah...




sayang,
belajar itu satu tuntutan yang Allah nak tow..Allah suka sangat bila hamba Dia suka cari ilmu, sebab tiap ilmu yang ada dekat dunia nih, semuanya berkaitan dengan Dia, sebab Dialah pencipta ilmu itu..makanya, andai awak nak jadi salah seorang hamba kesayangan Allah, kena la ikot apa yang Allah suka kann? :)

sayang,
malas itu datangnya dari syaitan tow..syaitan suka sangat bila kita ada rasa malas tambahan lagi kalau rasa malas tuh hadir saat kita nak lakukan benda yang Allah suka..sebab apa? sebab syaitan tuh nak kita teman dia yang confirm masok neraka, tapi kita kan ada dua choice, so kalau kita ikot syaitan dengan melazimkan kemalasan itu, maka kita dah ada ura-ura atau anggukan kecil untuk ikot mereka ke neraka..tapi, kalau hati dan minda kita kuat kerana Allah, insya Allah Dia akan bukakan jalan untuk kita bersama dengan Allah nanti! :)

sayang,
ujian itu datangnya dari Allah yang Maha Pengasih..tiap apa yang berlaku dalam hidup, semuanya ujian..kadang, kita dah boleh hapuskan perkataan musibah dari dalam kamus hidop, sebab Allah kan Maha Penyayang? Allah takkan sesuka hati bagi kita musibah, sebaleknya ujian buat kita supaya kita tak teros terleka dan seterosnya ingat Allah balek Yang Maha Penyayang..nak guna musibah jugak? boleh, musibah cinta! sebab Allah turunkannya sebab kecintaan Dia pada kita..:)

sayang,
hidop sebagai remaja, sebagai pelajar, sangat biasa untuk kita merasa terpengaruh dengan keadaan sekeliling..wahh, dia banyak duit la bila join benda tuh..wahh, dia study last minute pom dapat tinggi jep..wahh, malas la nak study lagi, dia pom tengah layan movie lagi..wahh, syaitan tengah tepuk tangan la bila dengar 'wahh' kitaa! :p

sayang,
bila kita rasa susah dengan sesuatu benda tuh, lagi satu helah syaitan berjaya..berjaya buat kita rasa susah hati yang akhirnya buat kita asyik duduk fikir benda yang sama, dan akhirnya benda yang lagi penting untuk difikirkan, ketinggalan di belakang..kan kita pernah dengar orang cakap, kalau ada masalah jangan cakap,

ya Allah, aku ada masalah besar!

sebaleknya,

ya masalah, aku ada Allah yang lagi Besar!!

then, kita akan rasa lebih bahagia bila bergantung kepada Allah semata! hidop dalam dunia, tak perlu terlalu complicated, sebab kita hidop untuk akhirat, kita hidop untuk Allah..cukoplah sekadar jadi yang biasa untuk masa kini, dan jadi yang luar biasa untuk hari kemudian..cukoplah sekadar kita bersederhana agar kita selalu melihat kembali kekurangan diri daripada kita berlebihan tetapi hati tetap keresahan..:)

sayang,
tulisanku kiranya hanya sekadar tulisan, yang juga menjadi ingatan buat diri yang kerdil..namun, ketahuilah bahawa aku terlalu ingin kau memahami apa yang cuba aku sampaikan, namun apakan daya aku bukanlah pencipta rasa itu, malah aku jugak turut memohon perkara yang sama seperti dirimu, dengan Tuhan yang sama, Allah :)

kiranya punya salah dalam penyampaianku, katakan agar aku tidak mengguris hatimu :)

Fi amanillah :)

__________
coretan ini buat dia yang aku sayang..coretan ini buat dia yang aku ingin berjiran di syurga..coretan ini buat dia yang aku ingin melihat dia sentiasa tersenyum..coretan ini buat dia yang aku kira, penting dalam hidupku! siapa pom dia, ketahuilah andai tertulis takdir Allah buat dia baca isi hati, sesungguhnya aku ingin katakan, bahawa aku sayang dia kerana Allah :)

3 comments:

nur.. said...

Allah..
terpegun lagi dengan tulisan seorang hamba yang Kau pilih utk berada di jalanMu..moga Kau balasnya dengan syurgaMu kelak..

saya said...

adda! ameeeen :)
Allah pandu masa tulis!
semoga berjiran di syurga deh!

nur.. said...

ameenn,ya Robb.. thanks utk setiap nasihat farihah.. terima kasih jgk sbb dh jd wasilah Allah,yang Dia izinkan darinya utk adda menikmati sebuah nasihat.. Allahumma ya Allah.. moga Allah syg,moga Allah redha..