Wednesday, March 14, 2012

cinta bukan untuk diperdagangkan!

...bismillah...
Macam mana nak jadikan dia imam atau suri awak yang mempermudahkan perjalanan awak ke syurga nanti jika di dunia ini dia menyesatkan awak dari jalan ALLAH ?

manusia takkan penah menghargai bila mereka memiliki,
manusia takkan penah cukup dengan anugerah yang termiliki,
manusia takkan penah puas dengan nikmat yang dimiliki,
tanpa iman di dada yang hakiki :)

ya Allah, sememangnya itu sudah menjadi lumrah seorang manusia..yang takkan bersyukur selagi tiada kehilangan..tak menghargai selagi masih di sisi..tak amek kisah selagi ia wujud di sekeliling..sampai bila mesti berkelakuan macam orang bodoh yang hakikatnya kita sendiri boleh memilih antara menjadi bodoh atau sebaleknya?

cinta dan sayang takkan penah abes bila dibicarakan..kasih dan rindu takkan penah terhenti untuk dibahaskan..sampai kadang manusia alpa dan lupa hakikat pinjaman dari Yang Maha Kaya..sampai manusia terlupa hakikat iman yang lebih disukai oleh Yang Maha Mencipta..

mencintai dan disayangi hakikat hidup seorang insani..namun andai iman dan taqwa tergadai dek kerana cinta dan sayang, di mana nilai sebenar cinta yang terungkap? andai Yang Memberi dilupakan, manakah nilainya berkat yang dicari? dan andai cinta dan mencintai boleh membawa kepada sebuah pergolakan persahabatan, di mana nilai sebuah silaturrahim?

cukuplah mengejar andai yang tercicir ialah persahabatan, cukuplah berlari andai pengakhirannya tercipta sebuah dendam, cukuplah mencari andai yang bakal dijumpai hanyalah sebuah persengketaan..

tidak puaskah bila terjadinya persengketaan hasil dari perlakuan? tidak bersalahkah andai dendam timbul hasil dari sikap? berapa ramai lagi yang ingin dilagakan di atas nama cinta? sampai bila pulak cinta akan diperdagangkan hanya kerana keinginan sendiri yang terlalu mengikut nafsu?

benci, geram dan sakit hati akan lebih teruk bila bersatu dengan dendam..mahukah bila sudah membusuk baru diberi sang pewangi yang harum? mahukah bila sudah bernanah baru dihulurkan ubat pencegah? Allah itu Maha Adil! tiap perlakuan akan adanya pembalasan..tiap sesuatu yang berlaku pasti adanya hikmah dan ilmu yang ingin disampaikanNya..karma pasti berlaku! mari mengejar apa yang diutamakan Allah di saat kita lapang, mari bersama Allah di saat tiada kesibukan, mari berlari ke arah jalan Allah bersama berkat hidup di dunia :)

ya Allah, buka pintu hati kami andai terhijab, selamatkan kami dari dendam kesumat manusia, berikan kami kesederhanaan supaya dunia hanya di tangan, dan bukannya di hati..ya Allah, permudahkan urusan kami :)

Fi amanillah :)

__________
ya Allah, amankan hatiku agar aku tidak turut sama membenci..apa gunanya merampas andai akhirnya hanya untuk kepuasan sendiri? ya Allah, tenteramkan! ameen.

2 comments:

Anonymous said...

nk rmpas sape?:p

saya said...

rampas kekasih hati pengarang jantung sayerrrrrrr :p