Sunday, March 18, 2012

aku kamu

...bismillah...



sahabat,
aku manusia biasa sahabat..aku pom kadang tersilap langkah..dan aku sekarang pom masih lagi tercari identiti diri, masih lagi keliru dengan perasaan dan fikiran..masih lagi tercari mana ikhlas untuk Allah, masih lagi mencari mana reda buat Allah?

aku, kamu, dia sumer sama..tak ada beza..tapi aku seronok bila dapat kongsi serba sedikit apa ynag aku rasa, walau takkan penah sama apa yang aku rasa dengan apa yang aku cerita..mungkin kamu pom penah merasa, tapi aku yakin bahawa tiap apa kurniaan Allah buat hambaNya takkan sama between us! sebab itulah indahnya hubungan antara hamba dengan Pencipta menjadi rahsia antara kamu dan Dia..

pencarian, dalam hidop sememang tak semudah mencari yang ganjil, tak sesenang main hide and seek..sebab tulah Allah suruh bergantung pada Dia..sebab tulah Allah buat resah hati datang supaya kita dapat merintih pada Dia..sebab tulah Allah tak sudi tenangkan hati kita, sebab Dia masih rindu pada hati hambaNya..

kadang, pandai aku berbicara, pandai aku menyusun kata..hakikatnya aku sang manusia macam kamu, lemah tersungkur jugak bila hati terasa lemah..namun, alhamdulillah syukur buat Allah, sebab Dia tak penah nak tinggal hambaNya nih..Dia tak penah jemu untuk memberi dan teros memberi! tak malu ke aku untuk teros ego dan teros belakangkan Dia? padahal macam2 yang Dia dah kurniakan buat aku!

sahabat,
andai kau tahu aku jua sepertimu..kusut, gelisah dan serabut..kadang, tak tahu punca..kadang, masalah kecik dibesarkan..kadang, senyuman yang ada macam topeng yang hanya untuk memujuk budak kecil dengan lolipop..aku tahu, hati aku tengah sakit sekarang..kalau tak, masakan hati aku sering melihat buruk orang? kalau tak masakan hati aku sering mencari salah manusia sekeliling? kalau tak, masakan aku bole berfoya-foya dengan dunia? kalau tak, masakan aku boleh leka dengan pinjaman Allah?

tuntunan darimu masih ku harap, teguran dari mulutmu masih kudamba, malah pelukan kemas bersama pujukan manja masih ku impi..aku sering berimpian, tersilap langkahku kau betolkan, tersungkur aku kau ingatkan dengan tarbiyah Allah, rebahnya jiwa mengalah kau bisikkan kata-kata Allah!

indah, andai semua kerana Allah..aku belajar, dari seorang sahabat yang sentiasa menuturkan kata indah yang buat hati terpesona dengan janji dunia untuk akhirat, bersandarkan janji Allah..katanya,

"...semoga dapat berjiran di syurga kelak..."

ameen ya sahabiah..itu impianku bersamamu, jua bersama sahabiah lain..canda seorang sahabat lain,

"...soleh solehahnya dia..."

aku malu, namun katanya andai diulang berdoalah moga ia jugak menjadi satu doa! ameen lagi sahabat :)

ingin sekali menyentuh hati-hati sahabat yang berkasih kerana Allah, dengan tarbiyah Allah jua agar sama-sama tuntunkan langkah ke syurga Allah, mudah-mudahan berjiran kelak kita di sana :D

__________
rindu suasana dulu di SMKAWA, bila melihat adik junior maken mantap jati diri, maken perawan dengan ilmu Allah, malah maken yakin melangkah bersama Allah! wahh, cantiknyoo dio dengan hijab di muka! kakak senior hanya mampu tersenyum bangga dan sedih, bangga sebab keluaran berkualiti SMKAWA bertebaran di sana sini, sedih sebab kakak senior tak mampu menjadi sebaik kalian..doakan kakak senior nih yang maken dekat dengan cabaran dunia sebenar, dan mendekati masa sibuk, agar ada juga masa yang dilapangkan untuk rohani :')

No comments: