Thursday, March 8, 2012

dua sahabat!

...bismillah...



dua sahabat berkira-kira arah tuju berbasikal..mahu ke mana? dek kerana pertama kali ber'dating' berdua sambil berbasikal, jadi hilang arah tujuan..rasa mustahil mahu ke tempat yang jauh sebab belom biasa, walau jauh di sudut hati sahabat pertama ingin menjelajahi segenap pelosok Perlis dengan berbasikal..tiba-tiba,

sahabat kedua: korang nak pegi mana ni?
CC: kami nak pegi cenderawasih..jomlaa..
sahabat kedua: naik basikal?
CC: yelaa..dekat jelaa..

sahabat pertama terkejut, sebab tanpa apa-apa persediaan, namun dek kerana keinginan yang sudah lama terpendam, apa salahnya mencuba! kalau mak tahu, mesti awal-awal tak bagi, kalau bagi pom pasti nasihat dan peringatan dalam 4 guni :p

dipendekkan cerita, dua sahabat pom mengayuh la dengan eksaitednyaa..rasa tenang, aman semua cukup..sahabat kedua mula terkial-kial, nak tukar speed basikal, tapi sebab tak biasa dengan basikal orang, takot jadi pape jadi penukaran itu ditangguh..sesampainya di cenderawasih, dua sahabat teros amek keputusan mengayuh mengikot trek jogging..

dalam mengayuh, dalam mengomel..jauh jugak ehh trek jog nih..bila nak abes? tetiba, dua sahabat sampai ke perkampungan cina..sahabat pertama membebel dek kerana keadaan perkampungan yang tidak terurus..tiba-tiba,

"farihah! lari!"

eh, eh, kenapa? sahabat pertama blurrrr..bila pusing, mak ai dua ekor anjing ajak dua sahabat tadi main kejar-kejar..wahh, ajak main tak bagi signal! sahabat kedua sudah lama pecut, sedangkan sahabat kedua masih terkial-kial..

alamak, ada selekoh dekat depan..aduhh, bonggok siap ada..macam mana nih? slowkan speed! baiklah..ya Allah, aku pasrah apa pom keadaan yang berlaku..aku dah tak larat nak kayuh dek kerana lupa nak tukar speed..
-monolog sahabat kedua!

tolongg!!! arghhhhhh, tolong!!
- jeritan sahabat kedua sambil mata dijegilkan ke arah seorang pacik india..

sedang sahabat pertama berkira-kira mahu memberhetikan basikal, malangnya bila ditoleh di belakang, 
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
-jeritan yang padu yang belom penah dibuat sebelom ini dari sahabat pertama
anjing ada lagi dua kaki dari kaki..andai sahabat pertama stop sesaat, pasti sudah jadi habuan kakinya..makanya, kayuhan dipercepatkan, namun apalah sangat dengan speed 2..debaran, hanya Allah yang tahu..bila toleh belakang sekali lagi, 

eh, dah tak ada?

alhamdulillah, pacik india yang dijegil tadi bantu..dua sahabat terus memecut tanpa tiada lasom kira-kira untuk patah balik, kot nak ucap terima kasih buat yang membantu sebab tanak amek risiko kena kejar..kayuhhan diteroskan sampai lahh,

eh, kita dah sampai Kangar? eh itu BSN..

keciknyoo Kangar! mesej ditaip untuk CC, mengatakan kami pulang dahulu..dalam duduk santai berehat sejenak, sahabat pertama terlihat kelibat seekor anjing, dek keran fobia sahabat pertama teros menggendong basikalnya melanhkah longkang besar, manakala sahabat kedua masih terkial-kial dan akhirnya mengikut perlakuan yang sama..

dua sahabat menuju ke kepci sebab dirasakan hanya itu tempat yang selamat!

...bersambung...


2 comments:

aziha said...

g kepci ea?
haaa~`

saya said...

kakak!!
dop thu bila lop nok sambung eaaaa..
hahaha, kerajinan mcm menjauhhhhhhhhh :p