Monday, February 6, 2012

Allah suka bagi kejutan!

...bismillah...



gadis remaja itu, resah membelenggu hati..ingin saja dia biarkan hati manusia sekeliling, ingin saja dia mengucapkan kata sebenar..namun, dia tahu dalam dunia ini dioenuhi dengan hati-hati yang lembut, hati-hati yang sensitif dan hati-hati yang dambakan jagaan dari orang yang tersayang..mungkin, dia disayangi oleh hati-hati itu, dan kerana itu dia jua ingin menyayangi hati-hati itu, kerana ALLAH :D

saban saat, dia cuba lupakan seketika masalah yang melanda, dia ingin biarkan detik yang berlalu dengan rasa tenang, dia ingin habeskan masa bersama tenang Allah..namun, apakan daya konflik itu teros membelenggu! dia tahu, Allah ada jalan, dan dia jugak tahu Allah ingin berikan dia satu lagik ilmu dunia :)

dia tahu, dia susahkan ramai pihak..dia tahu, from the start dia tak patot melibatkan diri, dan dia tahu dia tak perlu pom untuk bersama memanjangkan ukhwah itu..rumet, sahabat terdekat, dan orang-orang yang berkenaan mungkin bosan dengan dia, dan dia tahu hakikat itu..tapi, apakan daya dia perlu untuk berkongsi, untuk bertanyakan pendapat, dan untuk buat keputusan yang terbaik dalam hidup! pilihan, jaga Allah atau jaga hati manusia..

dia mintak dengan Allah, sungguh-sungguh hati supaya Allah tunjukkan dia jalan, jalan yang sebenar supaya dia dapat jaga Allah, dan dapat jugak jaga hati-hati yang dia sayang..dia cuba, slow talk dengan kamu, dan kamu agar mereka faham apa yang dia cuba pertahankan..dia cuba, fahamkan mereka-mereka yang dia tahu, teguran yang diberi kerana sayang..

akhirnya, keputusan terakhir, dia kembali lagi pada bonda terchenta! menceritakan semuanya dari mula, dan menyatakan keresahan hati, dan Alhamdulillah bonda faham, dan bonda tahu sebenarnya apa yang terjadi di sebaleknya..bonda pesan, cakap elok-elok supaya tiada yang terluka..hati senyum sedikit, tanda mungkin penyelesaian diketemui..

dan, akhirnya Allah bagi jalan, in Allah's way..jalan yang memang tak tersangka, jalan yang sekaligus buat hati dan minda tersenyum..jalan yang buat akhirnya minda tahu bahawa sebenarnya, Allah memang nak tunjuk sesuatu..siapa sangka perancangan Allah itu jauhhhhh lebih baek dari perancangan manusia? siapa sangka plan hari nih sebenarnya tersasar jauh dengan kejadian sebenar di hari esok..masha Allah, Dia jugak yang berkuasa menetapkan segalanya..:D

terima kasih kawan, sahabat, kamu, kamu, dan kamu sebab faham sayer, sebab sudi tadah telinga, sebab sudi bagi pendapat, sebab sudi layan kerenah..dan sebab sudi terlibat secara tidak langsung untuk bagi sayer dapat ilmu dari Allah :)

petanda sesuatu perkara itu baik, bilamana dalam proses ia berlaku, Allah permudahkan dan tiada halangan walau sedikit!

Fi amanillah :)

__________
mungkin Allah tak suka sumer tuh berlaku, jadi Allah bagi aku ujian macemtuh agar aku tahu yang sebenarnya Allah sedang tunjuk protes dengan caraNya, yang Dia memang tak setuju dengan tindak-tanduk aku..mungkin perkara itu kecil dan remeh, tapi andai sesuatu berlaku, bole bawak impak yang besar dalam hidop aku! dan aku tanak jadi fitnah untuk sesiapa, dan tanak jugak jadi fitnah untuk kali kedua! cukup sekali tergelincir, dan Allah masih sudi bagi kemaafan, dan masih sudi bawak aku dalam maghfirahNya lagi, alhamdulillah :D

No comments: