Wednesday, February 8, 2012

cerita semalam

...bismillah...



orang yang susah melakukan sesuatu itu, kerana tidak ikhlas kerana Allah, sebaleknya yang dia fikir cuma hadiah, hadiah, hadiah.. - Ustaz Rahman ( Hafalan Shalat Delisa)

cerita yang bawak pengajaran sangat..banyak ibrah yang bole kita amek dan jadikan panduan dalam hidop..betapa Delisa kanak-kanak comel yang diberi cubaan dan ujian, namun masih lagi bersangka baik dengan Allah..hilang mak, kakak-kakak dan kaki dalam satu masa, berat sangat dugaan untuk dia..tapi, dia positif dan selalu buat orang lain pulak sedih dengan ketabahan dia -.-' nangis beberapa kali jugak bila tengok..huhu

dan ia buat sayer terfikir, dugaan sikit pom kita dah melatah kan, dugaan yang uji hati kita sikit jep, dah kita panas..semalam, sesuatu berlaku untuk kami bertiga..something yang buat kami panas hati, dan buat kami hilang sabar..bila fikir balek, ya Allah sungguh tak patot kan sayer sedemikian? mungkin la salah mereka, tapi hakikatnya andai kita tengok sebaleknya, sumer tuh aturan Allah, dan kenapa Allah jadikan kami sebagai mangsa padahal ada jep teman lain yang dalam keadaan sama, tapi terselamat..sebab Allah sayang kami :)

bila hati panas, sayer belajar satu perkara..meh fikir positif, dan percaya dengan segala aturan Allah, dan kita amek ibrah dari benda yang happen, dan amek sempadan dengan benda yang burok! mesti hati akan rasa, tak rugi pom kita yang kena face benda tuh..sebab pengalaman orang lain tak dapat, tapi kita :) biasa sangat macam nih, saat ujian tuh ada, rasa macam tak adil, tapi bila dah okay dan benda tuh dah lepas, rasa macam bodoh tindakan tadi..-.-"

wahhh, positifnya farihah! 

mak cakap, kalau tanak sakit kepala, kita yang kena fikir positif, dan jangan fikir benda burok jep!

mak pesan lagi, ada ilmu yang Allah nak bagi kita!

mak bagitahu lagi, setiap yang berlaku, mesti bersebab!

tapi, kadang perlu jugak untuk betolkan silap yang terjadi, dan kita pulak jangan lah pegi ulang benda sama..cakap bersopan, consideration, jangan mudah sangka buruk, dan jangan sandarkan salah pada orang lain..itu yang sayer belajar dari 'mereka' yang sudi bagi kami ilmu semalam..:)

terima kaseh Allah, terima kaseh mereka!

Fi amanillah :)

__________
ikot rasa panas hati memang nak sembur, tapi fikir kami bawak imej guru, so kami consider..tapi sebenarnya, itu ingatan Allah supaya kami jaga tingkah laku dan takbole biadab dengan orang even orang tuh biadab dengan kita :) kadang jugak, kita bole sangat detect kalau orang tuh buat keje tak ikhlas kerana Allah! even aku sendiri kadang bole detect action aku yang tak ikhlas kerana Allah, tapi malangnya benda selalunya dah berlaku, lepas tuh ulang lagik! tapi Alhamdulillah Allah tuh maha pengampun, maka Dia tak penah jemu nak ingatkan hambaNya nih yang selalu buat salah..ya Allah, jangan penah lepaskan aku pada yang lain selainMu :(

No comments: