Sunday, October 2, 2011

lena terakhir

...bismillah...


HIJJAZ ~ Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

ya Allah, sebelum mata terlena, ku pohon diriku dalam dakapan kasih dan sayangMu..ya Allah, sebelum mata terlena, ku pohon kasih sayangMu menyelimuti orang yang aku kasihi..ya Allah, sebelum mata terlena, ku pohon redaMu dan reda kedua ibu bapaku..

sambil tulis, sambil nyanyi..kalau dalami lagu ni betol-betol, siriyess tak ada masa nak berfoya-foya..tak ada masa nak fikir esok kelas apa, esok nak pakai baju apa pegi kelas, esok belajar apa, apatah lagi fikir esok nak makan apa yepp..huhu..tapi, manusia macam sayer, masa dengar lagu tersedu-sedan keluar hingus, lepas dengar dah tak ingat apa yang disedu sedankan sebentar tadi..

maka dengan itu, selalulah dengar lagu yang macam ni, supaya sedu sedan sentiasa ingatkan diri pada yang sepatutnya difikirkan..tak salah berhibur, tapi ada caranya untuk menghiburkan hati..menangis bila dengar lagu, itu jugak hiburan yang tiada tolok banding manesnya..kerana itu, mari bersama jom hiburkan hati dengan cara Allah..

__________
sesungguhnya, kita tidak akan pernah tahu bila tibanya saat lena yang panjang, apakah bersama senyuman kebahagiaan, atau tangisan keseksaan..ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah, dan jangan matikan kami dalam su'ul khatimah..ya Allah, pandulah kami dengan maghfirahMu..pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu..amin..

2 comments:

dAk_kEcik said...

berguna sangat
chaiyok shbt :)

qhalifa said...

ehhe, itu lebih kpd diri..sbb trlalu suka dgn lagu tuh! =D