Saturday, October 1, 2011

adakah sayer seorang pencuri?

...bismillah...




"keturunan sayer tak penah ada yang mencuri..tak penah ada sejarah untuk mencuri..macam mana dia boleh cipta sejarah?"


"macik yakin?? macik yakin keturunan macik tak ada yang macam tuh?? suami macik, or macik sendiri mungkin penah buat tanpa sedar.."


"jadi, awak nak tuduh sayer yang salah?? awak nak cakap sayer penah mencuri??awak nak cakap suami sayer pencuri??mana bukti??"


haha..emosi sangat macik nih..kesian dekat orang tuh..niat baik disalahertikan..bukan nak tuduh macik, tapi sebenarnya sekarang nih, tanpa sedar, dah ramai yang jadi pencuri sebenarnya, dan berlaku zalim untuk diri sendiri..oh, may be i am one of them..=,=''


apa yang cuba disampaikan sebenarnya, ialah tentang pencuri masa..berapa yang hari nih berlaku adil dengan diri sendiri??dan berapa ramai yang menzalimi diri sendiri dengan mencuri masa??


"dosa curi masa, sedangkan gaji yang diberi penuh, sedangkan pada hakikatnya kita tidak layak dibayar pada tempoh masa yang kita curi..masa yang dicuri sekarang sudah bertukar jadi duit curi..siapa punya duit?? kalau kerajaan, duit rakyat..katalah kita sedar dan bertaubat, bukan mudah..tak semudah makan sosej haram, cukup dengan Allah..tapi kena mintak halal dan maaf pada semua yang punya hak terhadap duit yang kita curi"
~pahrol mohd juoi~


ya Allah, macam mana pulak yep dengan tugas seorang pelajar??kita, di IPG dibayar elaun, kadang belom pon abes semester, elaun dah tak nampak rupa, dah hangus dan hilang..namun, kelas culas jugak nak pergi..kadang excuse yang langsung tak masuk akal, kadang ponteng tanpa bersebab,kadang lebih pentingkan kerja luar berbanding amanah yang wajib kita usahakan..


selalunya, tanak pergi kelas, benda yang penting yang ada dalam benak, lecturer marah tak??tapi, kita lasom tak sedar, Allah marah tak buat macam ni??dan yang paling penting, duit rakyat yang kita guna, mereka reda tak andai mereka tahu ini perlakuan kita??dan, macam mana nak mintak maaf nanti??dan tak heranlah andai hati selalu gelisah, ada jee benda yang tak kena..itu effect, yang ada pada kita..pada orang lain??


sebenarnya, benda yang remeh tulah yang akhirnya membesar dalam diri, dan meninggalkan dot hitam yang paling kelam dalam diri, dan buat hati tanak timer nasihat orang lain..ya Allah, ampunkan kami..


__________
lepas baca buku us pahrol, banyak sebenarnya yang kita rasa biasa untuk hari ini, tapi luarbiasa pada pandangan Allah..dan banyak jugak yang sayer buat, sebenarnya Allah tak suka..dan kerana itu jugak, Allah ada caraNya untuk mengingatkan sayer kembali..jom, ubah bersama!

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=xGqEBmsck9s&feature=related