Tuesday, October 4, 2011

give-take

...bismillah...




kata ustaz pahrol,

untuk menerima perlu banyak memberi,,=)

sayer rasa sayer dah faham, dulu..tapi hakikatnya belum sepenuhnya yang sayer faham..belum sepenuhnya hati menangkap apa yang dimaksudkan..seee?? ilmu Allah tak semestinya datang secara sekaliguss, tapi datang di masa-masa yang sesuai untuk kita faham..sebab tuh ada kata-kata,

mungkin kita faham hari ini apa yang penah kita belajar suatu ketika dulu,,=)

mungkin setahun, mungkin dua tahun, hanya Allah yang Tahu..peliklah, macam mana nak terima kalau asyik beri jep??tak ke akan berkurang??

ada yang bertambah dengan memberi..memberi, tak semestinya kehilangan..contoh terdekat, rasa sayang..bila kita memberi, ia akan bertambah..apatah lagi bila masuk bab berkawan..untuk menerima, kita lebih dulu perlu memberi..sayer belajar dari seseorang, untuk sentiasa di ingatan, kita dulu yang perlu mengingati..ahh, formulanya senang, we gain what we give atau we get what we give..

terkadang, rasa jeles yang amat dengan mereka mereka yang selaluu saja kawan-kawan dia ingat..yang selaluu je keep in touch dengan sahabat walaupun jauh..yang selaluu je ada orang cuba ingatkan..rasa disayangi bila jadi mereka..rasa macam indahnya bersahabat..kenapa??tertanya-tanya sendiri, dan akhirnya sayer dapat jawapannya..

farihah, untuk menerima perlu untuk memberi terlebih dahulu!!

tak kesahlaa sikit ke banyaaak ke pemberian tuh, tapi itu harus untuk kamoo menerima..yang penting, ia kena dan mesti kerana Allah..ya Allah, tak senangnyaaa nak hanya keranaMu semata..tapi, perlu cuba! kadang geram jugak bila kita dah memberi, tapi orang pulak tanak terima, nikann pulak nak memberi balek pada kita..tapi, bila ingat balek, fikir dan reflek balek bahawa tiap apa yang hamba Dia kerjakan, Dia akan tahu, jadi tenanglah hati diam di situ untuk terus tidak jemu memberi..=D

ehhe, baiknya Allah kan??tak penah persoalkan apa yang kita bagi balek pada Dia padahal kalau nak ikotkan banyaaak dahh benda yang diberi untuk dinikmati! padahal hambaNya tak penah-penah nak sedar tentang hakikat itu, dan maseh persoalkan kenapa takdir untuk diri macem nih?? 
huh! tak bersyukurnya manusia! -,-

sampai bila agaknya manusia nak macamnih? dan manusia itu ialah aku =(


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.” 
(Sebahagian hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)


__________
jeless dengan sahabat yang tak penah putus asa dan masih berharapan untuk kembalikan sahabatnya yang dulu, padahal sayer telah lama berputus asa dengannya, dan sebenarnya usaha sayer hanya sedikit, tapi dah sibuk nak putus asa bagai..beruntungnya dia punya sahabat yang macamtuh, yang masih simpan sinar harapan dan percaya bahawa dia boleh kembali lagi seperti dulu, dan kamu seharusnya bersyukur punya seorang darinya. kerana Allah masih lagi sayangkan kamu! =D

5 comments:

dAk_kEcik said...

=(

qhalifa said...

haihai bdk kecik yg comel lote, knp nih syg?? xmo sedih2..yeeeee..<3

Anonymous said...

menarik...
dan sgt setuju dengan kenyataan saudari...
terima kasih :)

- en.egg -

qhalifa said...

en.egg,
erk, nama dia xnak komersial lg kan? =p

btw, who ever are you,
sama-sama..
insya Allah, jom amalkan..=D

diazurain said...

sedih la bca perenggan last skali...psai sahabat make my heart gugur..uhuhu