Thursday, October 6, 2011

naqib-naqibah ~ maaf -,-

...bismillah...



kata ustaz smart,
[smart sebab semua ustaz kan pegang ilmu Allah, so mesti smart-smart belakerrrr =P]

tiap manusia adalah pemimpin!

eh, bukan sahaja ustaz smart yang cakap, tapi rasulullah jugak bersabda,

Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Imam adalah penjaga pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)

siap diperincikan lagi bentuk pemimpin yang ada..imam, lelaki, perempuan waima hamba sekalipon adalah seorang pemimpin..maknanya, tugas pemimpin dan pertanggungjawaban di atas kepimpinan bukanlah harus diletakkan di atas pundak pemimpin semataa..sebab tiap manusia kan memang dijadikan seorang pemimpin..

kalau dulu, dekat sekolah, orang panggil naqib@naqibah..bila dapat jadi naqib@naqibah, mesti sumer orang akan pandang mulia, apatah lagi untuk budak sekolah agama, sebab itu maknanya mereka yang terbaik di kalangan yang terbaik..jadi tempat rujukan, jadi tempat luahan perasaan, jadi tempat teladan, dan jadi jugak tempat menumpang kasih bagi mereka yang ketandusan kasih sayang seorang kakak, dan salah seorangnya adalah sayer! =D 

suka dekat sorang kakak naqibah sebab dia anggap sayer macam adik dia.. =D

lepas tuh, amek alih tempat dia, dan cuba bentukkan usrah macam yang penah buat dulu, even tak berjaya secara keseluruhannya, tapi alhamdulillah ada yang menyambung..eh, bukan nak cerita pasal usrah, atauponn kisah silam kenangan abadi, tapi nak cakap pasal naqib@naqibah untuk diri sendri..=D

hurm, ramai jugak antara naqib@naqibah yang dahulunya nampak gah di mata adik-adik, buatkan mereka terpesona, dan buat mereka giler-giler nak contohi dan jadikan role-model mereka, akhirnya bila keluar dan dah tak bersua mata dengan ahli usrah, kecundang di tengah jalan..atau dengan kata yang tepat, gagal jadi naqib@naqibah buat diri sendiri..ya Allah, pelihara hambaMu ya Allah..

ohhhhh, mungkin jugak sayer salah seorang dari mereka, eh bukan mungkin, tapi sayerlahhh contoh terbaik antara kalangan yang tak dapat nak pimpin diri sendiri..=( selaluuu je leka sendiri padahal diri sendiri yang perlu ingatkan diri sendiri!

bila rasa malas nak buat sesuatu, selaluuu je cakap dalam hati,

ya Allah, malasnyaa..boleh tak kalau buat esok?

seee? tak bertamadunnya manusia nih! nak pimpin diri sendiri pon tak berjaya, ada hati nak pandu orang lain, ada hati jugak nak try ubah orang lain..dalam mimpi mungkin boleh, tapi untuk realiti mungkin tak..bayangkan kalau Allah pon buat macam apa yang sayer buat,

wahai hamba, boleh tak rezeki kamu hari ini, aku tangguh kepada esok?

baru haru hidup kann..tapi, alhamdulillah Allah tuh tak ada sifat tuh, sebab sifat tuh hanya sesuai dengan manusia..tak wujud buat Allah rasa malas, atauponn perasaan nak procrastinate..

sayer masih tak layak nak lead orang lain, sebab diri sendiri pon caca marba..apa yang termampu, hanyalah cuba ingatkan di samping mengingatkan diri sendiri..ada seorang blogger yang buat luahan hati, bahawasanya dia menulis sebab dengan cara tuh dia juga akan mengingati diri sendiri..dan sayer ponn, menulis adalah cara untuk motivasi, ingatkan diri sendiri..insya Allah..=D

__________
sayer bukan orang yang sesuai seperti yang anda fikirkan..maaf, tapi sayer tak mampu untuk memberi kali ini, dan sayer hanya mampu melihat..maaf lagi, sebab sayer tak laksanakan apa yang sayer cakap, sebab hidayah tuh jugak milik Allah, dan mungkin hidayah Allah untuk dia, bukan melalui sayer -,-