Tuesday, February 15, 2011

korban NO reply

...bismillah...



hari nih 12 rabiulawal..kelahiran jugak kewafatan nabi..gembira dan tangisan bersatu buat ummat nabi Muhammad..


Allahummasolli a'la saidina muhammad


terima kasih rumet sebab bawak insan yang berlagu sendu nih mengingati nabi..terima kasih dengan hiburan yang buat diri sayer lagi muhasabah..terima kasih untuk hari nih..


reda dan ikhlas bertandang..namun sebagai manusia biasa, terkadang bisikan halus yang jahat turut menyertai..hati ingin kuat..namun ada lagi musuh yang mahu lihat hati ini menangis..diri tak mahu rebah..namun ada jugak yang menari di tubir mata agar kekuatan itu luntur..


tapi, Allah takkan biar hambaNya terus diburu suara halus..Allah akan sentiasa bersama hambaNya agar ingatan pada Ya Rabb tak padam..dan hari nih, dengar, hayati, semat dalam hati apa yang diperkatakan oleh ulama' Allah..kerana Allah nak pujuk hambaNya dengan caraNya..


kita sedih, kita fikir, kita gusar..sedih dengan ujian Allah, fikir tentang lemahnya manusia, gusar dengan diri dalam sendu..namun, ujian kita sikit kalo nak dibandingkan dengan rasulullah..pengorbanan yang tak ternilai..pengorbanan yang tak mengaharapkan sebarang balasan..pengorbanan yang ikhlas dari hati seorang pemimpin..pengorbanan yang takkan pernah ada manusia lain dapat menandingi baginda s.a.w..


kata dia waris nabi, kalo ada masalah, pejam mata..selawat pada nabi dan insya Allah bila bukak mata Alah akan bukak jalan penyelesaian..sungguh, sebenarnya tenang yang dicari..sebenarnya kegusaran perlu diusir..sebenarnya rasional yang diingini..agar masalah dapat diselesaikan..agar masalah terus beransur pergi..




Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi emosi atau naluri merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan..




hari ni, banyak sangat ke pengorbanan kita??perit sangat pengorbanan kita??susah sangat ke pengorbanan kita??apa yang kita lakukan hanya sedikit bagaikan sebutir debu mungkin..usaha sayer untuk bersama rumet menghadiri majlis mengingati nabi, hanya sedikit jika dibandingkan dengan pengorbanan baginda untuk sayer..


kenapa masih hati nih merasa kesedihan??kenapa masih hati nih tak timbul kesedaran??cinta Allah, cinta rasul, cinta apa yang dicintai Allah dan rasul..sangat senang apa yang dipinta..berbanding apa yang Allah dan rasul buat untuk sayer..




hati, 
jika sesuatu yang dipinta tidak tercapai, bukan kerana manusia, bukan kerana kamoo ia terjadi..tapi sebab Allah tak mengizinkan..sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kamoo..jom amek berkat maulud nabi untuk lebih dan lebih ingat Allah dan rasul..jom berselawat agar Allah dan rasul jugak mencintai kamoo..jom jadi yang terbaik agar kamoo tidak teros gusar dan sedih..:DD




*maulud nabi, motivasi buat diri..
*selawat pada nabi, 100 hajat makbul..30 di dunia, 70 di akhirat..apa lagi yang manusia nak??
*sedarlah hati, tak salah berkorban walau tak berbalas..sebab Allah maha adil dan tahu gejolak hambaNya..
*buat hati jugak, jangan diharapkan sangat balasan..sebab tak semua akan berbalas melainkan balasan Allah jua yang pasti..
*ain, nanti bawak lagi!!suka dengar qasidah yang dialunkan..:DD
*ain, terima kasih jugak untuk telinga yang dipinjamkan, mulut yang bicarakan nasihat, dan fokus untuk tenangkan hatikuuu!!:DD
*ya nabi, tak susah balas jasamu buat ummat akher zaman melainkan selawat salam ke atasmu!!tak susah cintakan dirimu melainkan selawat salam lagi!!

No comments: