Friday, February 18, 2011

biiznillah

...bismillah...









coretan, tulisan dan apa yang tertera di blog nih adalah satu anugerah Allah..bila di tatap balek apa yang telah dicoretkan, subhanallah..ilham itu diberikan untuk hambaNya ini..bila fikir balek, sungguh tiada terdaya sayer nak tulis apa yang dah di tulis melainkan dengan izinNya..tulisan yang tidak sehebat para motivasi, tidak jugak seindah para sang penyair, namun cukuplah buat muhasabah diri sendiri..terkadang, apa yang di tulis tulus lahir dari hati membuatkan ulang baca berlaku dan terasa mahu muhasabah balek..:DD


bila mulut menyebut perkara yang baek, bila hati berbisik sesuatu yang bagos, bila otak berfikir secara halus, tentang kekuasaan, tentang suruhan dan larangan Allah, sungguh kita akan merasakan nikmatnya, indahnya, bertuahnya jadi hamba Illahi..cuba bina wall untuk bezakan perkara baek dan burok serta ingin selarikan dengan hati yang dipenuhi dot hitam amatlah sukar..namun, cuba dan cuba lagi serta tawakal dan jugak istiqamah..pasti Allah menolong hambaNya..


terasa ukwah fillah bertaut bila kerja yang di lakukan kerana Allah..tak pernah terfikir, oh inilah rupanya perasaan orang yang inginkan sesuatu, tapi tak dapat dan akhernya dapat merasainya jaoohh lebih baek dari apa yang dipinta..:DD


tulisan ini buat diri lagi..supaya sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu yang baek..ingatan ini buat nafsi agar lebih tahu bahawa Allah tidak pernah tidak tahu!!gunung, darat, air mahupon di cerok mana pon, semua dalam perhatian Allah..farihah, laila, muthu, siva even jia wei jugak sentiasa dalam pengetahuan Allah..makan, minum, tidor fikiran yang kecik pon Allah tahu..jadi, apa yang cuba kita sorokkan??pada siapa sebenarnya kita sorokkan??Allah tahu semua..not a single thing will be miss..:D


so, tak guna rasanya untuk menipu, muslihat ataupon helah..sebab manusia mungkin terperdaya, tapi tidak bagi Allah..dan jangan sampai manusia yang terperdaya itu membenci manusia yang memperdaya itu pada suatu hari nanti..sebab manusia yang terperdaya itu hanyalah manusia yang ada sifat putus asa..dan dia jugak tidak berupaya untuk menghalang sifat benci itu hadir..kenapa masih teros begitu andai tahu semua itu salah??kenapa sampai perlu ada benci menbenci??


Allah mengizinkan perkara itu berlaku, maka berlakulah ia..Allah tak izinkan perkara itu berlaku, maka ia takkan berlaku!!biiznillah..


tangan mengikut rentak hati yang ingin saja meluahkan semuanya..namun, masih terselit sedikit rasa bahawa belom tiba masanya..duhai hati, sabarlah dikau dalam menghadapi mehnahNya..bukan senang untuk ajak orang sama-sama merentasi apa yang kau rasakan terbaik sebab Allah jua yang menentukan apa yang kamu hajatkan..duhai hati, tolong kuat lagi agar putus asa tiada terlihat, benci takkan kunjung tiba..duhai hati, sayanglah dia kerana Allah, pasti dikau sabar untuk menunggu saat ketikanya dia menemui jalan kebenaran..duhai hati lagi, berdoalah agar dia tahu bahawa dikau melakukan semua ini kerana sayang pada dia..duhai hati, jangan buat dia terkejut dan pandulah dia secara berhemah..terima bahawa dia perlukan masa..duhai hati, jangan biarkan dia keseorangan kerana dialah sahabat dan amanah..


*Ya Allah tuhan yang membolak balikkan hati, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayahMu..



No comments: