Friday, November 9, 2012

tabah seorang muslimah :')

...bismillah...



kuatnya dia sebagai muslimah :')

ya Allah, manusia apakah sebegitu yang terlalu kuat walaupun sehebat badai ujian Kau hadiahkan buat dirinya? ya Allah, hati apakah sebegitu hingga langsung tidak mengalirkan air mata walaupun pasti akan kehilangan orang yang paling dia sayang..ya Allah, jasad apakah sebegitu sehingga dia sungguh tegar menerima ujianMu ini dengan senyuman? :')

sungguh, andai aku di tempat dia, sungguh aku tidak tegar menghadapinya..tidak tegar kehilangan orang yang amat aku sayangi, tidak tegar untuk terus berdiri teguh dengan kehilangan :'( muslimah, kerana kamu kuat, maka Allah hadiahi ujian ini buat kamu! kuat sayang, kerana ini hanya permulaan..tabah sayang, kerana ini hanya sedikit dari mehnah yang akan kamu tempuh!

aku sedia di sisi kamu, walaupun aku sekadar bole memberi seulas senyuman tika kamu bercerita, namun in sha Allah aku akan sentiasa ada di sisi kamu :') mungkin ibrahnya dapat kita telusuri bersama, mungkin hikmahnya dapat aku tumpang untuk hadapi hidup di hari kemudian..

sayang,
aku doakan kamu kuat, aku doakan kamu gigih dan tabah! dalamnya cintamu pada Dia, hingga sanggup kamu korbankan sayangnya dia dan dia..betapa kamu sangat bergantung harap pada Dia, hingga tegar kamu hadapi walaupun berseorangan, kerana kamu tahu, Dia tetap ada menemanimu walau ke cerok lorong sempit mana kamu berada..

bintang hati, 
mungkin ini sementara, mungkin ini selamanya..sungguh, kita tidak tahu! namun, mungkin di sebalik semua ni, Allah telah rancangkan yang terbaik untuk kamu! in sha Allah, masih ada yang sudi untuk terus bersama kamu :')

aku sayang kamu kerana Allah :')

No comments: