Wednesday, November 2, 2011

pagi yang ceria ♥

...bismillah...



mulakan pagi dengan senyuman serta reda kepada Allah, pasti hati turut sama mengalunkan lafaz hamdalah kepadaNya yang Esa.. alhamdulillah, masih dikurniakan apa yang ada hari ini, berkurang mungkin, namun insya Allah gantiannya adalah yang lebih baik =D masya Allah, baiknya Allah..

mulakan pagi dengan ayat suci Allah, pasti hari terasa lapang selapang nikmat Allah untuk hambaNya tanpa mengira beriman atau tidak..sungguh, Allah itu dekat, lebih dekat dari urat nadi..=D subhanallah, indahnya aturan Allah..

mulakan pagi dengan keceriaan, pasti akhirnya jugak insya Allah akan bahagia selari dengan hati yang reda dengan Allah.. kerana ujian Allah tanda sayangnya Dia kepada hamba..=D astaghfirullah, banyak lagi perkara yang boleh datangkan dosa, dan akulah pembuatnya..

# indah andai hari-hariku dipenuhi dengan nama Allah, pujian syukur buatNya..namun, selalu saja diri alpa dek kerana nikmat dunia yang hakikatnya adalah dari Allah jua.. =,=

__________
teman, tegur aku andai aku salah, bantu aku betulkan silap dan salah, persiapkan diriku mengadapNya dengan kata nasihat darimu

~ mesti ada rasa takpuashati kalian dengan sayer kan? sungguh, manusia takkan penah perfect, tapi sayer perlukan teguran kalian..please, do so! anonymous pon takpee..insya Allah, sayer cuba terima..allhummayassiru ya Allah 

No comments: