Tuesday, September 13, 2011

disebalik...

...bismillah...




memori si kecil, pada hari ini, membesar dengan hero yang gagah perkasa..wira yang kononnya menyelamatkan dunia..jaguh yang handal melawan musuh..wira, jaguh, hero tu kita semua pon maklum..tak power rangers, ultramen..then banyak la lagi..


alaa, kita dulu pon layan jugak citer camtuu kan..zaman budak..tapi, sayer tak suka sangat tengok kartun, but then tahu la jugak tentang kartun nih..yang paling ramai peminat, Naruto kot, sebab ada kawan sayer sampai ke sekarang pon maseh giler dengan Naruto..


apa peranan watak mereka??opkos laa jadi hero kann..but then, perasan tak tiap hero tuh akan ada kelemahan dia..Naruto tak sure lak apa kelemahan dia, but then kalau Goku dalam Dragonball tuh sayer tahu..kelemahan dia dekat ekor..manusia yang tak beriman pon sedar kan bahawa manusia nih mana ada yang perfect??hero sekalipon belom tentu sempurna..=)


sebenarnya, hero-hero yang wujud dalam kartun tuh, yang mempengaruhi fikiran budak zaman sekarang, datangnya dari pejuang Islam..datang dari salah sorang nabi Allah yang kurang dikenali..alhamdulillah, Allah gerakkan hati sayer dan takdirkan sayer baca kisah tentang sorang nabi nih..ya Allah, betapa anti-Islam sebenarnya sedang manipulasi cerita-cerita hebat Islam..


kenal dengan nabi Sam'un??ataupon Samson..ramai yang tak kenal pon..even sayer sendiri pon baru beberapa jam yang lalu kenal baginda..ya Allah, betapa buta sejarah Islamnya kann..baru kenal dengan nabi sendiri..tapi better baru mengenali dari tak mengenali langsung kan??=)


KISAH BAGINDA

nabi Sam'un ni sebenarnya hero, ala macam dalam citer kartun sekarang tuh, yang dulu sayer ingat dongeng semata..biasalah citer, mesti ada yang tak sempurna..boleh lak hero ada tempat kelemahan dia kann..but then, ia tak mustahil dengan kuasa Allah..dan ia dah terbukti lama dulu..

baginda, seorang yang handal, dan tak penah kalah untuk satu jangka waktu yang lama, iaitu selama lebih dari 1000 bulan..di palestin, yang dulu namanya filistin, nabi Sam'un berusaha menegakkan syiar Allah..dan sepanjang tuh, dia tak penah kalah walau dengan siapapon..sampai la satu hari, dia mengahwini sorang perempuan nama Delilah..namun, kerana tamakkan harta, Delilah sanggop bersekongkol dengan puak palestin untuk bunuh nabi Sam'un..percubaan pertama, Delilah cuba merantai baginda sewaktu baginda sedang tidur..kemudian, Delilah memanggil askar-askar palestin untuk bunuh baginda, but then Delilah lupa..baginda terlalu gagah dan besi rantai yang digunakan dengan mudah ditanggalkan oleh baginda ibarat menanggalkan benang di kaki..

see??kuat kan nabi Sam'un..namun, fitnah terbesar bagi lelaki ialah wanita..dan dek kerana terlalui mencintai isterinya, nabi Sam'un dengan jujur menceritakan tentang kelemahannya..macam citer kartun sekarang, kelemahannya ialah bila kepalanya dicukur dan rambut panjangnya diikatkan ke badan..then, akhirnya dia ditewaskan oleh Delilah dan puak palestin..tapi, Allah takkan sengaja membiarkan nabi Allah terseksa sendirian..sebelum nabi Sam'un disalib, tiang salib terlebih dahulu menimpa kaumnya dan semuanya mati sebelum nabi Sam'un jugak menemui Illahi..

sebenarnya, banyak yang kita tak tahu tentang Islam itu sendiri..dan kerana tulah anti-Islam senang jee nak pecah belahkan muslimin dan muslimat..nauzubillah ya Allah..jalan cerita kartun tu dari nabi kita sendiri, tapi sumer tuh dah tak asli sebab banyak lagi benda lain dimasukkan..and its too much..


ya Allah, betapa kita sebenarnya tak ada masa untuk meneroka ilmu baru sebenarnya, sebab ilmu yang lepas pon belom kita kuasai sepenuhnya..namun, hidup nih ibarat sungai, yang teross mengalir sampai laa jumpa satu tempat yang dia stop by itself, and ia sebenarnya janji kita dengan Allah, MATI..


*hidup adalah persinggahan untuk bercucuk tanam, mati itu satu permulaan untuk hidup yang abadi, dan akhirat tempat menikmati hasil tuaian..(sayer pon tak ingat dekat mana quote nih diambil dan disave dalam otak..hehe..)
*kredit to buku 7 wanita hina dan mulia by Misbah Em Majidy..
*kisah ni tak la penuh..just like a summary jep..nak tahu citer penuh, godek-godek sendiri la yep..heee..;)