Wednesday, May 11, 2011

ucapkanlah Lailahaillallah..=)

...bismillah...



ya Tuhan, sesungguhnya kami langsung tidak mengetahui apa yang ada dalam pengetahuanMu..kami langsung tidak berupaya untuk mengagak apa yang sebenarnya yang cuba Engkau sampaikan melainkan teross dan teross bergantung harap padaMu..

semoga tabah menular di hati kamoo..semoga cinta Allah membanjiri jiwa kamoo..semoga iman kamu sentiasa di bawah jagaan Allah..kerana Allah tahu apa yang berlaku kepada hambaNya..

terkadang, Allah menguji untuk memanggil kamoo mendekatiNya..terkadang Allah mengalirkan air mata kerana kerinduan Dia pada kamoo..terkadang, Allah ingin meyapamu dengan nikmat cintaNya dan dikurniakan ujian ini agar kamoo dapat simpan kemas cintaNya di hati kamoo..kerana luka yang maken dalam, maken kelihatan parutnya dan ia membuatkan kita selaloo berhati-hati di kemudian hari..

be with Allah!!=)

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 156:
“(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

No comments: