Tuesday, November 30, 2010

bila masa yang sesuai

dia di buru resah..ketenangan insan itu berterbangan melarikan diri..jiwanya memberontak..
kenapa hatinya sebegitu??
kenapa hatinya seakan marah kepadanya??
kenapa hatinya seakan ingin mengkhianatinya??
kenapa seakan seluruh tubuh ingin menjatuhkannya??
kenapa seakan mereka berpakat untuk mengganggu emosinya??

hati, mengapa berkelakuan sedemikian??
organ2, apa salah aku??
kenapa resah yang dibawa??
kenapa gelisah yang kau cari??
kenapa halau ketenangan pergi??

wahai manusia..
tidakkah kamu tahu mengapa kami sebegini??
tidakkah kamu terfikir mengapa kami bawa semua resah gelisah ke mari??
tidakkah kamu tahu mengapa kami halau ketenangan pergi??

kerana,
kau dah tak seperti dulu..
kau dah berubah..
kau biarkan aku hampir kelemasan dengan titik hitam..
~hati~

kerana,
kau dah lupakan aku..
kau biar aku sengsara..
sengsara merindui lagu merdu itu..
~mulut~

kerana,
kau alpa..
tidak pernah fikir keadaan aku..
aku rindu untuk melihat bait2 indah itu..
~mata~

kerana,
kau pentingkan diri..
kau biarkan aku..
biarkan aku rindu untuk menyentuh kelembutan surat itu..
~tangan~

kerana,
kau hipokrit..
kononnya nak didik aku..
tapi kau lupa aku rindukan suara itu..
~telinga~

kerana,
kau tamak..
kau selalu gunakan aku untuk kepentingan kau..
kau tak pernah manfaatkan aku..
kau tak pernah guna aku sebaiknya..
kau sia-siakan aku..
kau isi dengan sesuatu yang tak mampu nak tolong kau nanti..
kau PENTINGKAN DIRI!!!
~masa~

dush!!!
andai mereka boleh berkata2, ini la kot kata2 nista mereka buat manusia an-nisyan..ini la kot luahan hati mereka..inilah yang mereka inginkan ingatkan..

aku tak ingin biar kamu lemas duhai hati..
-jadi, selamatkanlah aku..didiklah aku kembali..

aku tak ingin kau tanggong sengsara merindu duhai mulut..
-jadi, alunkanlah ia dengan aku agar aku terlepas seksa rindu itu..

aku tak ingin biarkan kau terus mengalirkan mutiara kerana kerinduan itu duhai mata..
-jadi, biarkanlah aku menatap surat kekasihku..

aku tak ingin kau menyentuh sesuatu yang akan memudaratkan aku duhai tangan..
-jadi, biarkan aku menyentuh apa yang aku idamkan..

aku tak ingin jadi hipokrit kepadamu duhai telinga..
-jadi, biarkan aku dengar apa yang sebenar-benarnya..

aku tak ingin gunakan kau mengikut nafsuku duhai masa..
-jadi, gunakanlah aku sebaik-baiknya..

kalo dulu, semua tu mampu kau atasi..
semua tu mampu kau kawal..
kenapa tidak sekarang??

apa yang mereka inginkan dari insan itu??
owh..sebuah naskah..naskah yang amat indah pada baitnya..amat indah pada maksudnya..amat indah pada alunannya..

AL-QURAN..
kenapa insan itu kian lalai??kenapa insan itu tidak pernah terfikir untuk memanfaatinya??kalau dulu dia bisa, mengapa tidak sekarang??kalau dulu dia boleh, mengapa tidak kini??

insan itu semakin lalai..bukan banyak dipinta..sekurang-kurangnya satu ayat..susah ke??

subuh??
apa alasan??kerja??kuliah??tidor??
tak lama duhai kawan..sekejap sahaja..5 minit sudah cukup buat organ2 melepaskan rindu..kalu tak mahu, tapi fikirkan tentang mereka..
okay, mungkin tak sempat..

zohor??
kerja lagi??kuliah lagi??makan??
bukan setengah jam yang diperlukan..5 minit sahaja lagi..fikirkan lagi tentang MEREKA!!
okay, mungkin betol tak sempat..

asar??
penat??riadah??
berapa lama nak riadah??perlu berdiri ke nak tatap naskah tu??perlu berlari ke??
penat lagi??
okay, dia consider lagi..tuannya penat..

magrib??
godaan??tv??on9??
banyaknya godaan waktu ni..citer best2 time nih..nak relax la lepas riadah..penat..
on9 la jap..sambil tunggu isya'..
naskah tu masih sabar menanti..biarlah..penuhi kehendak dia dulu..mungkin dia nak guna masa yang banyak tok bersama aku..
okay, dia sabar lagi..

isya'??
ahh, ngantok la..nak tidor..esop nak bangon awal lagi..
good night........
naskah melihat..organ2 menanti..
namun, mereka hampa..abes bila masanya??
esop, pasti perkara yang sama berlaku..

bila lagi??
tunggu nanti dia sedih..mesti dia cari aku..
tunggu nanti dia ada masalah..mesti dia cari aku..
tunggu nanti dia keresahan..mesti dia cari aku..

tapi, tercarikah kita akan dirinya waktu tu??
diri sendiri je bleh jawab..

*cuba imagine kalo sume tu mmg btol2 bleh ckp, agknya mcm mne keadaan wktu tu??
*sayer jugak seperti anda..:(
*tak susah kalo kita nak, between magrib isya' bnyk gila dah boleh manfaatkan..
*after subuh lagi la..biasa keje or kuliah start pukul 8, so??
*mak cakap, kalo kita amalkan yang akhirat, dunia akan serah diri buat kita..:)

No comments: