Friday, November 5, 2010

ayuh!!

status dia menyalahkan seseorang kerana seseorang itu is not walking his/her talk..tapi, dia lupa bahawa seseorang tu pon manusia..manusia yang tidak lepas dari kelemahan..yang jugak diuji oleh Allah seperti dia..

biasa didengari budak sekolah AGAMA dianggap do not walk their talk..tak salah bagi yang berkata, tapi dia terleka sejenak bahawa dalam dalam kawanan itik, ada seekor angsa..tak semua yang terbaik, tapi mereka cuba untuk jadi yang terbaik..

bagi yang bersekolah AGAMA pulak,
jangan sedih..kerana kita sedang menghadapi realiti hidup yang sebenar..di sekolah dulu, ialah tempat latihan untuk kita berperang..setelah senjata disiapkan, latihan dimantapkan, badan di didik dengan kekebalan, tibalah masanya untuk kita menguji sejauh mana kecekalan hati, sejauh mana kemantapan akidah..

kita semua tahu bahawa tidak pernah tertutup jalan menuju maghfirahNya..cuma kita yang boleh menentukan tempat kita di mana..di sebalik ujian, ada beribu hikmah yang kita langsung tak terfikir sebelumnya..namun, berterima kasih selepasnya..

hidup adalah pencarian..tak akan ada pertemuan andai pencarian terhenti..mungkin yang sebelumnya adalah yang terbaik, namun air juga ada pasang surutnya..tak selamanya kita akan berada di atas, dan tak selamanya kita akan berada di bawah..namun, usahalah untuk selalu berada di atas dan ikhtiarlah agar kita tidak di bawah..

takkan selamanya kita ingin berada di tempat yang selesa??takkan selamanya kita ingin jadi pengikut??takkan selamanya kita nak bergantung harap pada orang??takkan selamanya kita nak di ingatkan??

ramai antara sahabat mengeluh dan menyesal atas apa yang ditentukan untuknya..iri hati dan dengki dengan golongan yang sentiasa ada peringatan..iri hati dengan golongan ustaz ustazah kerana bi'ahnya, dan menyesal kerana tidak sehaluan dengan mereka..

duhai sahabat, tidakkah kita terfikir apakah keistimewaan kita di uji begini??tidakkah terlintas perancangan Dia Yang Maha Mengetahui??apa gunanya persediaan selama 5 tahun di sekolah sana??nak dibiarkan pedang berkilat tersimpan berkarat??nak dibiarkan kekebalan memakan diri sendiri??gunakan duhai sahabat..manfaatkan duhai syuhada'..

Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


*semoga kami kuat Ya Allah..
*aku jugak sepertimu sahabat..
*entry ni lebih kepada diriku..:(

No comments: