Tuesday, October 26, 2010

Luqman Al-Hakim

tengah2 study, tiba2 terdengar lagu luqmanulhakim..teringat balik masa sekolah dulu..belajar tow pasal wasiat Luqman Al-Hakim ni..okay, biasanya orang malas nak baca 25 wasiat ni..tapi, ambe nak tolong dengan summarize kan wasiat dia..hihi..meh kita layan lagu dulu le..


Cara hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para Nabi

Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan
Kau disegani

Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah

okay..sekarang, meh kita tengok nape yang dia pesan..

1. dunia ni macam lautan..layarilah ia dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. kalo orang bagi nasihat, dengar la..fikir positif..insya Allah, MULIA disisi Dia..

3. orang yang rasa hina dan rendah diri tu sebenarnya lagi dekat dengan Allah berbanding orang yang rasa dia dah dekat dengan Allah..

4. kalo parents marah, tandanya sayang..

5. jangan la berhutang kawan2..

6. takut dengan Allah, or takwa, takkan ada istilah putus asa dengan Allah..

7. jangan suka muhong na..

8. ada jiran jahat lagi seksa dari angkat batu besar..hurmm..

9. jangan suruh orang kurang cerdik buat something, kalo tak de orang sangat, kita sendirilah pergi..

10. sekali lagi, jangan muhong..even sikit, tapi effect dia besar woo..

11. antara kematian dengan perkahwinan, pegilah melawat orang mati..baru ingat mati sikit..

12. jangan makan smpai tak larat nak bangun..

13. manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang..itu bidalan..masuk lagu lak..hee..

14. dekatkan diri dengan orang yang bertakwa dan berilmu..

15. ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah!!

16. tips cari kawan..first, make him angry..kalo dia maafkan, ok, lampu hijau..kalo dia maki balik, tak yah la..

17. baik tutur kata, sopan santun na..baru orang suka..

18. jangan harap balasan, tapi biar orang yang harapkan balasan kita..

19. jangan riya'!!!

20. dunia jangan lebih AKHIRAT!!

21. diam lagi baik!!

22. jangan mudah ketawa, berjalan mesti ada arah, tanya mesti bermanfaat dan jangan sia-siakan harta..

23. penyayang=orang sayang balik, diam lagi bagos dari menyesal kerana cakap lagha..

24. sekali lagi, dekati orang berilmu..jangan dekat saja, cedok le ilmunya sekali..

25. nak amek dunia, berpada-pada je..beware gak dengan orang talam dua muka..

ok, tak perfect..tapi kalo baca yang betol, susah gak nak faham..ayat dia puitis..hee..ni yang ambe faham la..different peole different interpretation kan??

*dalam 25 tu, bape je ada dalam diri ambe??:(
*k, sambung study kak oi!!

No comments: