Sunday, October 17, 2010

~bidadari ~



bidadari, bidadari,

temanilah resahku,

bidadari, bodadari,

tenangkanlah jiwaku,

sumpah setia,

hidup mati,

semuanya..

kerna kau isteriku,

isteriku tercinta,

pelengkap rusuk diriku..

bidadari, bidadari,

jadilah pendampingku,

bidadari, bidadari,

jadilah sang setia,

kerana cinta,

cinta suci,

ertinya..

tidak pernah sepi,

sepi daripada,

cubaan yang tak terduga..

kau umpama bintang utara,

penunjuk jalan yang terang,

kau beri harapan,

saatku jatuh,

bangun semula..

dan berikan sakti cintamu,

penawar racun berbisa,

dan ikatan kita,

cinta abadi,

hanya di syurga..

(munif hijjaz)

luahan hati sang suami buat isteri yang tercinta dan pastinya disenangi olehnya..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

dan para muslimat amat memerlukan bimbingan dari ar-rijal..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

kebijakan ar-rijal dalam membentuk zaujahnya perlu dititikberatkan..dan alangkah bahagianya zaujah yang ditujukan lagu ni buat dirinya..kerana dia tahu suaminya meredainya..

dan sesungguhnya jalan para muslimat ke syurga adalah lurus dan mudah..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

maka, bimbinglah mereka..

jika tempatnya di syurga,

adalah tidak mustahil bagi mereka untuk menarik ar-rijal yang dicintai..

namun, andai neraka tempatnya..

pastilah ar-rijal itu akan mengikut jejak langkahnya..

seorang muslimat tidak mustahil menjadi penyebab kepada abang, adik lelaki, ayah dan suaminya ke neraka..

nauzubillah..

No comments: