Friday, October 1, 2010

kebahagiaan??

..hati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya..

bila baca quote ni, aq terfikir..pernah ke aq menzalimi atau menganiaya orang??tiba2 rasa takut..dan aq jugak terfikir pernah ke aq doa yang buruk2 sal orang bila aq di tempat yang dizalimi??semoga doa aq yang buruk tidak diperkenankan..

..jangan sampai kita bersedih hati terhadap apa yang luput dari kita..


yup, benda yang berlalu tu, bukan yang terburuk, malah yang terbaik yang telah direncanakan..kalau benda tu ialah orang yang kita sayang, maybe ada sesuatu di sebaliknya..

..jangan pula kita bangga dengan apa yang kita dapatkan..

yang ni pulak, kita sebagai hamba seharusnya tahu yang semuanya hanyalah pinjaman Allah semata-mata..so, bila2 je Dia boleh amek apa yang menjadi milik kita tu..

dan, apa sebenarnya kebahagiaan??

kebahagiaan ialah dari hati..dan untuk bahagia, mestilah hati kita kena bersih..aq pun terfikir, bahagia ke aq sekarang??kalau bahagia, maknanya hati aq bersih..tapi, bahagia yang macam mana??

..qalbu yang bersih adalah qalbu yang tidak mengandungi syirik, tipuan, dengki dan iri hati di dalamnya..

hurm, maknanya aq tak capai tahap bahagia yang sebenar lagi..tipu la kalau tak ada dengki dan iri hati..

..Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku..

jadikanlah aq seperti seorang wanita tua yang kuat dihadapan gabenor A-Hajjaj dengan mengatakan bahawa anaknya akan mati juga walaupun gabenor tidak membunuh anaknya..

jadikanlah aq seperti Al Khansa' yang merelakan keempat-empat anaknya syahid di jalan Allah..

kalaupun tidak seperti mereka, tiupkanlah sedikit untukku semangat mereka agar aq sentiasa reda dengan ketentuanMu..

*ambillah dari angin sepoi-sepoi kelembutannya, dari minyak wangi keharumannya, dan dari gunung ketegarannya..
*adaptation from "jadilah wanita yang paling bahagia"..

No comments: