Sunday, October 10, 2010

APPRECIATION...




WHAT WE DO FOR OURSELVES DIES WITH US, WHAT WE DO FOR OTHERS REMAINS AND IMMORTAL
albert pike
sebagai manusia, penghargaan tu penting..aq suka bagi sesuatu pada kawan2 aq..sebab aq suka tengok mereka bahagia..tapi, terkadang ada yang salah faham..kenapa??

bagi lelaki, aq pernah bagi sesuatu as penghargaan untuk balas jasanya..memang tak seberapa pun..just a key-chain..tapi, aq kecewa sangat sebab depan2 aq dia buang key-chain tu..okay, dia cakap dia tak suka key-chain, tapi at least just took it tak boleh ke??tak tahu ke yang sikap macam tu boleh buat orang rasa hati?? maybe dia ingat aq ni nak tackle dia kot..tapi, serious tak la weh..aq ikhlas bagi dia..sampai satu tahap aq cakap, amek la..nak bagi orang ke, nak buang pun tak apalah..aq bengang giler..salah ke aq nak appreciate orang??susah ke nak terima??bukan dekat dia je lah, tapi semua kawan aq macam tu..aq just nak happiness korang la..

girl lak, aq dah bagi tu, amek je la..susah lagi nak amek..kalau laki boleh la cakap maybe dia ingat aq nak tackle, tapi girl apa lak alasannya??aq di ajar begitu..untuk meraikan orang..

kalau kita rai orang, orang pun akan rai kita..ni tak, nak orang rai kita, tapi kita buat ala kadar je kat dia..itu kata mak aq..percaya atau tidak, kat rumah aq always ada gift untuk orang..yang wajib, kain pelikat dengan kain batik..memang mak aq selalu cakap jangan kedekut kalau nak orang sekeliling kita happy..bukan hadiah tu nilainya, tapi keikhlasan..bukan nak beli happiness dengan duit, tapi cara kita create their happiness..that is the most important..

kalau bagi hadiah masa bukan birthday, mesti tanya..kenapa??for what??tapi kita lupa bahawa tak semestinya hari tu je yang special untuk dia..apa salahnya kalau kita appreciate mereka??aq paling tak suka kalau dengan awek or pakwe, boleh lak nak bagi lebih2..tapi, untuk kawan yang always ada depan mata ni, yang selalu dengan kita, tak boleh nak appreciate barang sedikit??

okay, aq bukan nak kawan2 aq appreciate aq sangat, tapi tujuan aq tulis ni nak bagi kesedaran pada yang menerima..orang dah bagi tu, terima je la..dan tolong jangan lukakan hati orang tu lak..susah tau nak fikir nak beli apa untuk appreciate orang ni..kadang terfikir gak, nanti dia cakap benda ni murah je ke hape ke..tapi mak aq cakap, nilai bukan pada harga..


No comments: