...bismillah...
Memaafkan itu adalah satu perkara yang paling menuntut kecekalan hati. Apa lagi kalau diri di zalimi sehingga hati sehancur lumat. Tapi, apa Allah pesan? Maafkanlah.
Mungkin kau rasa perit. Mungkin kau rasa susah. Tapi, percayalah. Janji Allah itu benar. Dan, yakinlah Allah maha Mengetahui.
Hari ini kau menangis terkelu tersedu. Tapi, mana mungkin pelangi indah muncul andai tiada gerimis yang muncul?
Kalau kau sedang mengira dan membanding kebaikan yang kau beri dengan kezaliman yang dia balas, kau sedang besarkan ego. Ego yang pada hakikatnya rasa megah diri, bongkak dan sombong. Kau rasa kau lagi baik, bagus dan kau lagi mulia. Hakikatnya, kau sangat dangkal dalam ilmu ghaib.
Semua yang jadi kerana Allah. Allah letakkan kau di sini. Kenapa? Allah yang lebih tahu. Kalau kau cinta, kalau betul kau sayang, kau buat apa yang Allah suruh. Kerana apa? Kerana Allah.
Walau sesakit mana pun rasa, segeram apa pun hati, paksa. Ambil kemaafan. Allah nak tingikan darjat kau, kenapa kau masih mengira ego? Kau nampak tak kenapa semua ini terjadi? Kerana Allah janjikan pahala. Allah nak kau tinggi di mata Allah, maka ini jalanNya.
Allah suruh tahan marah, kau berjaya naik satu tingkat untuk dekat dengan Dia. Allah suruh lagi naik dengan lebih dekat dengan memaafkan. Allah tahu perit, malah Allah lebih tahu apa yang kau rasa. Tapi, Allah nak kau lagi dekat dengan Dia. Naiklah lagi satu tingkat, dengan berbuat ihsan pada yang menzalimi. Allah sedang mengira, yakinlah.
Nor Farihah, kalau dulu kau boleh lakukan, kenapa tak sekarang? Sebab sekarang hati kau dah gelap, malap, kabur. Dan kerana itulah Allah sedang bagi pelincir supaya ia jernih kembali. Dunia persinggahan, untuk kau kutip bekal ke sana. Jangan kerana dunia, kau korbankan akhirat.
Andai satu saat aku sudah tidak punya nyawa, ketahuilah kamu bahawa aku sedang memaksa untuk memaafkan. Dan aku berharap aku berhasil memaksa diri. Aku akui, ia sangat sukar. Sangat sukar untuk menerima kehilangan di saat kau sudah melabur dengan sepenuh hati. Tapi, aku yakin Allah akan bantu.
Allahu, paksa hati aku!
No comments:
Post a Comment