...bismillah...
orang yang ahli sepatutnya lebih mengerti dan memahami daripada yang bukan ahli. Ya, itulah yang sepatutnya kan. Tapi, kecewa dengan hakikat sebenar kehidupan di alam realiti.
"Awak, boleh saya tumpang awak?"
"Er. Er. Sebenarnya, saya datang dengan kawan."
"Siapa? Ajnabi?"
*senyum mengiakan*
Sayang, Apa simbol tudung labuh yang kau pamerkan kalau malu sudah terbuang?
Sayang, Apa fungsi niqab yang kau lapisi andai kelakuan sama seperti mereka yang biasa?
Sayang, Apa pula fungsi stokin stongan yang kau sarungkan andai perkara yang lebih besar kau halalkan?
Allah,
Sungguh. Yang bertudung labuh, berniqab dan berstokin stongan jua manusia biasa. Tapi, bukankah semua itu dapat menjaga malu mu? Bukankah niat utama dengan imej begitu adalah kerana Tuhanmu? Bukankah Tuhanmu itu Tuhan yang sama menyuruhmu menjaga had pergaulan sesama insan? Kau sanggup tinggalkan sahabat sejantina hanya untuk berduaan dengan ajnabi yang katanya kau sayang sangat. Kau sanggup biarkan sahabat seperjuangan terkontang-kanting hanya kerana ajnabi tercinta tidak suka? Ohhoi, sandiwara dunia apakah ini?
Ya, aku jua tergolong dalam kalangan yang ber'tunang' dalam kontek sendiri. Tapi, wah-wah boleh pula itu dijadikan tiket untuk kau keluar berdua-duaan? Carilah teman, kerana yang ketiga itu syaitan.
Puteriku sayang,
aku tahu pahit untuk tidak berhubung,
payah untuk diam sendiri tanpa dia di hujung mesej,
sakit juga untuk menahan rindu diam di dalam hati
aku melaluinya.
Tapi,
kau masih boleh cuba bukan?
kau masih punya Tuhan bukan?
dan kau juga masih punya peluang yang Tuhan hadiahkan.
Sayang,
tersasar sekali dua itu biasa.
tapi Allah tak pernah matikan peluang kedua ketiga keempat.
Allah, terangkan hati kami.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment