Friday, October 25, 2013

bonda.

...bismillah...

tersedar sendiri, bahawa coretan di kanvas putih ini kebanyakannya datang dari titipan bonda..Allah, ujian buat bonda sungguh buat diri tersedar sendiri..

bonda juga manusia, insan seperti yang lain..punya rasa takut, rasa marah, dan segala rasa seperti manusia lain..bonda juga pernah ingin menjadi seperti manusia yang lain, dapatkan apa yang mahu walau ditegah Allah..tapi, Alhamdulillah Allah masih lagi menjaga bonda..di balik rasa kecewa, rasa putus asa, rasa lemah bonda, Allah titipkan jua manusia-manusia kuat yang membantu bonda bangkit..Allah, sungguh manusia tidak betah berseorangan..

bonda di uji, di uji dan di uji lagi..cerita demi cerita, kisah demi kisah, kadang ada persamaan, kadang timbul sesuatu yang baru..namun, bila semua kisah itu berjaya bonda lalui dengan tenang dan senyum, secebis ilmu yang bonda kutip, dan terus kutip..dan akhirnya bonda jadikan ilmu yang dikutip sebagai perisai untuk menghadapi kisah seterusnya..

bonda mulakan hanya dengan niat membantu..bonda bersetuju hanya kerana belas ihsan seorang manusia, yang seharusnya wujud dalam tiap jiwa insan..dan kerana niat itu, bonda tetap teguh, tidak tergugat seperti aku..

aku, mungkin baru mula bertatih untuk di uji seperti bonda..mungkin jua baru berada di episod satu yang hanyalah permulaan atau pengenalan kepada kehidupan..masih banyak episod yang perlu aku lalui..dan aku jua ingin menjadi seperti bonda, mengutip pengajaran yang ada di setiap episod supaya dapat aku bertatih, berlari, merangkak atau pun sekadar meniti menggunakan tongkat untuk aku sampai ke episod terakhir, dan aku harapkan penutupnya adalah jannah Allah..

aku sungguh mengharapkan bonda kuat..meniti hari-hari yang mendatang, dengan kisah yang baru ini sebagai mujahid Allah..bonda ada satu sikap yang buat aku kagum, POSITIF! bukankah Allah jua berkata, Aku adalah seperti apa yang engkau fikirkan..maka, tidak mustahil untuk diri juga menjadi seperti apa yang kita fikirkan..Allah, wasilah yang Kau turunkan, sesungguhnya berguna di segenap sudut, di setiap saat, dan di sepanjang zaman..

Allah, titipkan secebis kekuatan untuk bonda, titipkan sedikit keteguhan buat bonda, dan hadiahkan bonda secebis semangat agar bonda terus tersenyum dengan ujian yang Kau hadirkan..ya, bonda jua punya silap, bonda punya dosa dan bonda semestinya tidak maksum..dan kerana itulah ya Allah, anaknya ini memohon harap padaMu..kerana bonda adalah kekuatan dan semangat kami..

Allah, cintailah kami dengan apa cara sekalipun, tapi tolong jangan jauhkan kami dariMu :')

No comments: