Sunday, April 14, 2013

ustaz don daniyal-selawat :')

...bismillah...


semalam, bersama 'Dia', mendengar input yang menusuk kalbu..Allah, sungguh 'Dia' hebat..kalau warisan nabi sehebat ini, bagaimana pulak dengan junjungan besar kita? Allahummasolli ala muhammad! dua perkara sahaja yang diutarakan, tapi cukup buat hati dan jiwa puas dan seronok dengan kupasan yang menarik..Allah, terasa sekali lagi ada bekas di tapak hati :')

1. SELAWAT

sungguh fadhilat selawat ni banyak! tapi satu perkara je yang dikupas semalam..

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW 
bersabda: 

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan 
berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya 
, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR 
An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

kata 'Dia', Professer Afifi dari Oxford mengatakan bahawa bukan 10 kali, hanya cukup sekali Allah berselawat baginya cukup untuk mengharmonikan dunia ini, maka bayangkan kita yang selalu selawat ke atas baginda, Allah berapa banyak keharmonian dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri!

2 cerita yang 'Dia' utarakan tentang kelebihan selawat..kisah pertama ialah kisah Tan Sri P.Ramlee..kata ayahanda 'Dia', benda yang berkat ini berkekalan..maka, kenapa karya Tan Sri P.Ramlee berkekalan sehingga sekarang? dinyanyikan lagu Tholama, ya persis sekali dengan irama dalam cerita Tan Sri P.Ramlee..Allah, kalau hanya Tan Sri ambil iramanya sahaja bole dipelihara kerjanya sehingga sekarang, apalagi kalau kita yang berselawat ke atas nabi?

cerita kedua tentang seorang pelajar yang ke luar negara, yang alpa dan lupa diri bila di sana..di oxford, ada satu dewan serbaguna yang bersebelahan dengan sebuah bar dalam universiti, digunakan sepenuhnya oleh Prof Afifi untuk majlis qasidah..satu hari, pelajar perempuan itu tertekan dan minum sehingga mabuk di bar tersebut..apabila dia menapak keluar, teralunlah qasidah dan selawat dari dewan sebelah yang mana dengan takdirNya pintu hadapan dewan terbuka..Allah, pelajar itu terus terduduk dan menangis sepanjang malam sambil menggagahkan diri ke pintu belakang dewan untuk terus mendengar..sekali lagi, Allah, bagaimana dengan hanya mendengar alunan saja boleh menjentik hati yang dalam keadaan mabuk, apalagi kita yang berselawat ke atas nabi?

baru dua kisah yang 'Dia' utarakan, sudah terbit rasa kagum dengan kelebihan selawat..Allah balas 10 kali kepada kita kalau kita berselawat sekali pada nabi, tapi itu baru 2 cerita dari keharmonian dunia..Allah, sungguh besar kasih sayangMu terhadap junjungan besar nabi Muhammad saw..Allah, sungguh teguh cintaMu buat baginda penghulu nabi, Allah sungguh dalam kecintaanMu buat baginda cahaya seluruh alam :')

...hadam yang ni pom dah rasa macam subhanallah :')

No comments: