Thursday, March 28, 2013

daddy-mummy-daughter

...bismillah...

malas letak picture omai @.@

kata mak,
ada PHD (perasaan hasad dengki) ni susah kak, kadang sampai boleh bawak maut.

Allah, bila dengar citer orang tu macam tu, orang ni macam ni, okay sebenarnya banyak pengajaran yang Allah nak bagi..belajar melalui pengalaman manusia-manusia lain.

beberapa hari bersama mak, macam-macam motivasi dapat absorb masuk dalam otak jiwa buat bekalan nanti..ayat takleh insaf lagi haha..macam-macam cerita yang dikongsi bersama, dari soal hati kepada fizikal, dari hal tazkirah kepada hal gosip-gosip..daripada kisah zaman dahulu sampai kisah zaman sekarang..sebab tu ayah macam gelisah bila anak perempuan dia ni balek, sebab masa kualiti dia dengan mak akan dirampas secara membuta tuli oleh anaknya :p 

mana taknya, macam magnet berlainan kutub dah lagaknya..pantang jumpa, pantang cakap, pantang mula bukak mulut, mula la cerita berderet berpindah dari satu topik ke topik lain..@.@ sampai tengah buat saimen pom bole stop dan tutup lappy dengan jayanya sebab nak isi karung motivasi dengan mak :p

daddy, 
maaf sebab rampas masa ayah dengan mak..sebab tu kalau nampak ayah dengan mak ber 'sweet' dekat taman-la-sangat-dekat-rumah anak dia ni tak berani nak kacau, bagi can :p

tapi, dengan adanya si kelisa comel tuh, ohmai relation daddy-daughter makin erat :D cakap-cakap apa yang perlu untuk si kelisa comel, oh itu sudah cukup daripada seminggu di rumah tanpa sepatah kata *wink2*

No comments: