Friday, September 28, 2012

random

...bismillah...



kisah manusia dan pengalaman :)

bercerita dengan orang yang sama pengalaman buat diri rasa, ohhoi! tak salah rupanya apa yang aku rasa :p itu normal la kann :) dan mungkin kerana itu jugak Allah takdirkan ujian buat kita, supaya suatu hari nanti kita pulak bole tenangkan orang lain dengan pengalaman kita yang dah dilalui dahulu!

Allah tu kan adil, jangan pertikaikan apa yang dah Allah tetapkan, even sometimes hati bebal dan menangis untuk menerimanya..tapi, selepas itu kita akan gegilerrr berterima kasih dengan kepahitan hadiah cinta dari Allah :) 

Khutbah terhenti. Khatib menangis... Rasulullah dihina sebegitu dahsyat. Sdgkan saat lahirnya, air laut surut & api berhala terpadam
Ahmad Fedtri Yahya

heboh isu penghinaan Nabi, beraninya mereka menghina kekasih Allah :( tapi hati yakin, takkan bole mereka aman, bila kekasih Pencipta dihina sedemikian..

betapa Nabi cinta akan ummati, 
sampai ke akhir hayat Ummati meniti, 
dan betapa manusia itu tidak mengenang budi, 
jasa Nabi dihina dikeji :(
Allahu Akbar, iman hambaMu diuji,
apakah cinta di hati,
atau hanya berdiam diri --,

~akulah hamba yang berdiam diri itu, akulah hamba yang konon mengaku cinta, akulah hamba yang tidak mengenang budi itu..ya Rasulullah, aku ingin merindu, ya Habiballah, aku ingin membela, ya Allah, campakkan secebis cinta buat kekasihMu di hati kami ya Allah -.-

No comments: