Friday, June 1, 2012

cinta dalam bersahabat :)

...bismillah...



ramai yang menasihati,
kalau mencintai,
biarlah tanpa sebab di hati,
tapi kerana Ilahi :)

namun tak ramai yang berkata,
dalam bersahabat perlu sedemikian jua,
biarlah tanpa alasan di dada,
tapi dipenuhi dengan asbab Pencipta!

ya, tak ramai yang menghayati erti persahabatan..selalu orang buat rentetan peristiwa kebetulan perancangan manusia yang bersamaan dengan tertulis takdir dalam perancangan Allah tentang hal hati dan perasaan, bersatunya dua hati..tak selalu orang hayati dan kenang balik kebetulan yang Allah takdirkan dalam persahabatan :)

eh, macammana dulu eh aku boleh bersahabat dengan dia? macammana eh even sakit hati banyak tetap dia sahabat aku! macammana pulak bila kesekian kali aku dan dia berselisih tetap akan ada perkara yang mendamaikan kami kembali! hebatnya tautan sahabat dan tautan kasih serta tautan ukhwah yang Allah hadiahkan..bukan seorang, bukan bersatunya dua hati, tapi bersatunya banyak hati yang berlainan walau hakikatnya darah sumer merah -.-

sebenarnya, rentetan bersahabat banyak persamaan dengan percintaan..kenapa? eh, dulu si A kawan dengan B kan, sekarang B kawan dengan D la, A pulak kawan dengan F..alaa, tak serasi la tu A dengan B :) seeeee? nampak tak Allah pom temukan kita dengan sahabat yang salah supaya kita lebih menghargai sahabat yang serasi dengan kita..eh eh, dulu aku tak terfikir pom nak kawan dengan kau, aku tak penah terlintas pom akan jadi bff kau! seeee? penah kita terlintas nak bercinta dengan si F bila hakikatnya Allah temukan kita dengan dia :) eh eh, perasan tak kita penah gaduh besar dulu sebab orang ketiga, dengki sebab aku kawan dengan kau, tapi akhirnya kita jadi rapat balik macam biasa..seeeeeee? kalau dah jodoh, masuk la orang ketiga keempat pom tetap akan bersama jua sebab Allah kan lagi tahu dengan siapa kita sesuai :)



sayer hargai awak awak awak dan awak yang jadi sahabat sayer! sayer penah gaduh dengan awak dulu sebab orang ketiga, tapi alhamdulillah jodoh sahabat kita panjang :) sayer penah rapat dengan awak dulu, tapi mungkin Allah cakap sayer taksesuai jadi sahabat baik awak maka Allah temukan awak dengan sahabat yang lagi baik! :) sayer sayang awak sebagai sahabat tapi kadangkala Allah tak datangkan sayer bila awak perlukan sayer kerana mungkin ada sahabat lain yang lagi bole buat awak senyum riang :) sayer jugak mungkin takcari awak masa sayer perlukan seseorang kerana mungkin Allah cakap sayer hanya akan susahkan awak maka Allah datangkan sayer, awak yang lain :) 

awak yang bergelar sahabat sayer,
sesungguhnya sayer sayang awak semua kerana Allah, mungkin ada kekurangan yang ternampak di mata sayer, tapi sayer ingat kata-kata nih,

mungkin satu kekurangan yang awak buat tak sama dengan 1000 lagi kebaikan awak pada sayer!

so, sayer fikirkan kebaikan awak selama bergelar sahabat sayer, tak kira seburuk mana pom salah awak sebagai sahabat, in sha Allah sayer akan kenang kebaikan awak pada sayer, mungkin sayer takmampu buat pada masa-masa tertentu, tapi ketahuilah sayer teringin untuk tiap masa mengenang kebaikan awak sebagai sahabat-sahabat sayer :)

kerana sahabat cinta hati sayer <3

Fi amanillah :)

__________
mula merindui memori bersahabat, mak jadi mangsa untuk dengar celoteh cerita kenangan indah itu, wahhhh rindu dengan semua sahabat :')

No comments: