Saturday, April 21, 2012

sahabat hati

...bismillah...



tak semua yang kita impikan dalam dunia ini indah, tak semua yang kita inginkan dalam dunia kita dapat..kadang, Allah dah tetapkan kenapa dan mengapa ia berlaku :)

sahabat,
hargailah! hargailah tika dia datang kepadamu dengan 1000 cerita, kerana itu tandanya dia menaruh sepenuh kepercayaan kepadamu..bosan, lesu dan fed up mungkin datang bersama apabila dia ke mari bersama ceritanya, namun ketahuilah itu tandanya kamu sahabat yang dia senangi, kamu sahabat yang dia percaya :D

terkadang,
tak semua cerita dalam diri seorang insan boleh dilepaskan kepada sebarang orang..orang yang bersamanya saban waktu, tak semestinya sahabat jiwanya untuk berkongsi cerita..orang yang jauh daripadanya, tak semestinya orang yang tak mungkin tahu tentang kisah hatinya..telah Allah campakkan keserasian buat tiap insan..

ketahuilah,
Allah boleh buat kita lebih selesa berbicara dengan sang musuh, Allah jugak boleh buat kita lebih selesa bercerita dengan orang yang baru kita kenal, dan Allah jugak mampu buat kita senyap terkunci dengan sahabat yang hakikatnya bersama kita selama puluhan tahun..itulah rahsia Allah, yang kita tidak tahu walau sedikit pom..

maka,
bila dia datang membawa cerita hati, hargailah! kerana kepercayaan itu telah disematkan di hati buat kamu..dengarilah, kerana keresahan ingin dikongsi bersama kamu..manfaatilah, kerana Allah memberi peluang untuk kamu belajar dari cerita dia :)

Fi amanillah :)

__________
dan bila aku datang kepadamu sahabat, aku pom tak mengerti kenapa Allah campakkan keserasian itu, kenapa Allah buat aku rasa ease bila bersamamu :) dan bila aku senyap terkunci, aku pom tidak mengerti kenapa ada gentar untuk berbicara, dan mengapa tidak dengan senang hati aku melepaskan bicara hati -.- kerana mungkin, aku bukan sahabat yang terbaik, kerana mungkin Allah tetapkan sesuatu untuk aku pelajari T.T maaf kiranya mengguris hati!

No comments: