Sunday, January 29, 2012

awak, jangan sedih!

...bismillah...



Awak, 

Jangan sedih, 

Sebab sayer tinggalkan awak kerana sayang, 

Tak tegar rasanya bila memikirkan keadaan awak, insan yang sayer sayang, menangis menyesal di akhirat kelak. Jadi, sayer lepaskan awak sekarang, untuk memiliki awak kemudian, dengan cara yang diredai Allah. Awak mesti tahu, bahawa apa yang sayer buat hari ini, adalah untuk apa yang akan sayer bina kemudian. A family, a family yang akan menyaksikan bagaimana sayer memimpin, dan untuk tidak menjadikan kepimpinan sayer pincang, jadi sayer tinggalkan awak hari ini supaya hubungan yang akan terbina diredai Allah. 

Awak, 

Sayer tahu mungkin awak akan benci sayer, tapi percayalah bahawa apa yang berlaku hari ini, adalah salah satu jalan yang menuju bahagia bersama Allah. Sayer tak sanggup biarkan awak bersama sayer, menyulam kasih yang hakikatnya adalah jarum syaitan yang menyumbang kepada dosa. 

Dan kerana sayer terlalu sayangkan awak, jadi sayer rela melepaskan awak supaya awak boleh bersama dengan yang sepatutnya awak sayang, dan bukan sayer. Awak tahu, sayer memang susah nak lepaskan awak, tapi sayer lagi susah bila fikirkan keadaan awak di akhirat, sebab sayer tahu sayer takkan mampu tolong awak saat itu. So, sekarang bila sayer berpeluang untuk tolong awak, sayer rela biarpon sayer rasa sakit. 

Bila Nampak awak, from far away, my heart will broke! But then, sayer tahu, bila sayer tengok muka awak tenang, mungkin bahagia bersama Allah, sayer akan senyum sendirian, sebab awak dah jumpa apa yang patut awak jumpa. 

Awak, 

Dan bila takdir Allah awak untuk sayer, insya Allah akan sampai harinya. Tapi, bila takdir Allah awak hanya hadir sebagai pelengkap cerita hidup sayer, sayer ingin doakan awak supaya awak dapat yang terbaik untuk awak, dan itu bermakna awak terlalu baik untuk sayer, dan sayer tak layak untuk jaga awak sebagaimana jodoh yang dah ditetapkan Allah untuk awak. Awak pon tahu, Allah lebih mengetahui kan awak? 

Dan bila senyum menghiasi bibir awak, ketahuilah bahawa saat itu hati sayer turut senyum untuk awak, sebab awak bahagia, dan itu yang sayer inginkan. :D 

Go, and find your true love, lets fate by Allah comes, and we will wait! 

Untuk itu, 

Salam sayang dari sayer, orang yang selalu mendoakan kebahagiaan awak.

~ senyumlah duhai bintang hati, kerana kau cukup berharga untuk berduka :)
Fi amanillah :)

__________
~ insya Allah, moga Allah reda!
~ insya Allah jugak, Dia lebih mengetahui!
~ jom sayang Allah :)
~Don't be sad if Allah prevent u from something which u love.If u know how Allah had arranged ur affairs,ur sadness would disappear

1 comment: