Monday, January 23, 2012

Allah lebih tahu :)

...bismillah...



soalan : sanggup ke awak terima, hidup bersama dan jaga pasangan awak andai kata dia lumpuh seumur hidup awak?

hurm, soalan ni dah penah ditanya sebelom nih :) sebagai manusia, kita takkan penah tahu apa yang akan berlaku seterusnya, sesuatu yang kita suka atau pon sebaleknya..

wamakaru wamakarallah, walahukhairulmakirin :)- ali imran : 54

kita merancang, dalam masa yang sama Allah juga merancang, tapi akhirnya Allah jua sebaik perancang..sebab Allah lebih tahu sesuatu tuh berbanding hamba Dia sendiri..sayer tak berani menjawabnya dengan perkataan, YA, sebab untuk hari kemudian sayer tidak mengetahuinya..

namun, percaya pada Allah dan yakinlah bahawa setiap apa yang terjadi kepada kita bukan bertujuan untuk menghukum ataupun menyusahkan hambaNya..

Do the people think that they will be left to say "we believe"  and they will not be tried?- al-ankabut : 2

semakin dekat hati hambaNya dengan Pencipta, semakin kuat pula ujian yang diberikan Allah..namun, Allah jua tahu batas-batas kemampuan hambaNya..dan Dia takkan sekali menyeksa hambaNya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan kemampuannya..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.- Al-baqarah : 286

doa! itu yang penting..bukan dikurangkan ujian, tapi diberi ketabahan untuk menghadapi hari mendatang..mungkin hari ini, kita yakin kita boleh hidup dengan dia, menjaga dia seumur hidup walaupon ujian sedemikian yang diberikan, namun siapa tahu hari esok keyakinan kita berubah, dan akhirnya sedikit demi sedikit luntur..

dan mungkin jugak hari ini kita tidak sanggup untuk bersama denga pasangan yang sedemikian, namun siapa tahu hari esok kitalah yang paling tabah menghadapi ujian Allah itu..so, doalah moga Allah mengurniakan yang terbaik buat kita..dan doa jugak supaya kita dapat menerima apa sahaja keadaan dia insya Allah :)

bagi sayer, menerima keadaan dia seadanya ialah tanda bersyukur kepada Allah..jangan risau, sebab bila takdirnya Allah begitu, maka itulah yang terbaik buat kita..dan bila istikharah dijawab dengan positif, maka itulah jua jawapan Allah untuk soalan kita walau apa keadaan pon pasangan kita :) insya Allah..

tanya Allah, dengan beristikharah, itulah jawapan sebenar yang sesuai dengan kemampuan hambaNya..:)

~ jangan risau bila Allah belom temukan kamu dengan yang sepatutnya, sebab Allah tahu jalan hidup terbaik buat hambaNya..
~ doa supaya reda dengan ujian lebih berbaloi dari berfikir untuk mengelak dari diuji..

__________
aku hanya mampu berdoa supaya ujian Allah sesuai dengan kemampuan, sebab Allah lebih kenal diri hambaNya..susah nak jawab soalan tuh, sebab ia berkait dengan future, tapi buat masa sekarang jom serah semuanya pada Allah untuk mengaturkan yang terbaik buat hambaNya..aku tak risau andai terlepas peluang untuk mengucapkan sayer sayang awak sekarang, sebab aku yakin Allah akan bawakan jugak hari tuh dan takkan terlambat walau sedetik, dan takkan tercepat walau sesaat, dan takkan jua tersilap orang :)

No comments: