Sunday, December 11, 2011

rindu SMKAWA :'(

...bismillah...



rindu tuh tandanya sayang kan? rindu tuh, tandanya kita ingatkan? rindu tuh tandanya kita bahagia untuk bersama..rindu jugak menunjukkan kita tanak kehilangan sesuatu!


pabila kerinduan menerpa benak fikiran, apa yang boleh dibuat, search dekat youtube kot ada mana-mana video yang boleh hilangkan rindu, ataupon search dekat mana-mana web kot ada gambar yang boleh ubat rasa rindu! malangnya, ia maken buat hati terpanggil untuk teros merindui!

SAYER RINDU SEKOLAH SAYER :'(

yess, bukan rindu kawan, bukan rindu sahabat, bukan jugak rindukan guru sebab rindu boleh hilang insya Allah bila kita ketemu atau bersua atau bercakap atau bertemu dengan mereka..tapi, apabila merindukan susana sekolah, rindu untuk duduk dewan ramai-ramai, rindu untuk organize majlis sama-sama, rindu untuk dengar nasyid sama-sama, rindu untuk berada dalam kelas masa prep, rindu duduk dalam masjid berzikir bersama, rindu nak dengar loceng dewan makan, rindu nak makan makanan yang disediakan, rindu nak makan dalam trail, rindu nak mandi dekat kolah asrama, rindu nak jemur pakaian dan guna ampaian, rindu nak past-past baca novel, rindu nak baca ma'thurat petang weekend, rindu nak baca quran ramai-ramai, rindu nak tidor dalam masjid sementara tunggu isya', rindu nak kena tulis nama sebab lambat pegi kelas, lambat keluar asrama, rindu nak kemas dorm sebab warden nak nilai, rindu nak hias dorm cantik-cantik, rindu nak buat jamuan akhir tahun, rindu nak pegi outing sama-sama, rindu nak naik prebet sapu, rindu nak buat sepanduk maulidur rasul sampai pukul 3 4 pagi, rindu nak pegi latihan silat setiap hari rabu, rindu nak main netball masa ada pertandingan antara dorm, rindu nak jual-jual dekat koop, rindu nak pegi beli makanan masa weekend di sebalek pagar kedai depan, rindu nak pakai baju sekolah balek, rindu solat jemaah ramai-ramai, rindu nak buat usrah, rindu nak pekik jerit sebagai kapten, rindu nak buat mesyuarat dengan AJK tertinggi, rindu nak tidor bilik sakit, rindu nak denda adik-adik, rindu nak dengar surah al-mulk tiap malam sebelom tidor, rindu semuanyaaaaaaaa :'(

mana mungkin masa akan berputar kembali ke masa silam bila sesaat yang lalu pon belom mungkin kau panggil ia datang lagi?

~ semoga ustazah siti esah cepat sihat dan sembuh, dan kembali jalankan tugas sebagai guru yang disayangi, insya Allah..
~ nak pegi sekolah balek, SMKAWA takkan sama dengan sekolah lain..

__________
bila macemni, mula la nak duduk dekat sekolah tu jep sepanjang hidop, tapi hidop tak selalunya kita di situ jep, mesti harus kedepan jugak!

2 comments:

nur.. said...

mmg..rindu sgt2..baru tersedar..betapa rindunyer nk buat smua tu kn.. mga Allah takdirkan kita jmpa ramai2 lg..rindu semua..subhanallah..rindu teramat.. =(

saya said...

huhu!
insya Allah
amin :')