Friday, December 16, 2011

every soul

...bismillah...



adat manusia kot, akan sujud pada Allah bila merasa kesusahan..eh, tak! tabiat buruk seorang manusia! 

cuti nih, dikhabarkan dengan banyak berita kematian..yang tak disangka, yang tak terduga! ya Allah, Dia macam singkapkan hijab sedikit demi sedikit dengan tarikh keramat tuh pada hambaNya! dua sahabat yang kehilangan mak, seorang sahabat yang kehilangan bapa, dan mak kehilangan seorang rakan kerja..semuanya tak disangka..dan kawan-kawan seperjuangan dari luar negara, tiga yang meninggal..al-fatihah untuk mereka -.-

daripada semua kisah, sayer tahu dua daripadanya yang tak tersangka pon akan berlaku..emak kepada seorang rakan, meninggal dalam keadaan sakit yang tak terok..tiba-tiba, Allah sudah menjemput ibunya..dan kawan kepada mak, mungkin masih merah lagi kuburnya, tak, masih berdebu kubur arwah, jugak mati dalam keadaan tak disangka..baru dimasukkan ke hospital, tengah bercakap dengan isterinya, tiba-tiba pengsan..dan pengsannya seorang hamba bersama jemputan maut dari Allah..ya Allah, tak susah pon dia nak menghadapi malaikat mautMu, bagaimana pulak bila tiba giliran aku?

saat lalai dan leka, terlalu mengimpikan sesuatu yang tak pasti, kita terlupa bahawa ada yang datang melawat kita, tiap saat..ada yang memerhatikan kita, tiap detik..

Allahummaghfirli ya Allah :'(
Allahummakhtim lana bi husnul khatimah, 
wala takhtim alaina bi su'il khatimah ya Allah..

__________
every soul shall taste death!
takziah buat kamu, kamu, kamu.
takziah juga buat aku yang semakin menghampiri saat itu

No comments: