Wednesday, October 19, 2011

pilihan

...bismillah...




hari ini, esok dan semalam kita sentiasa didedahkan dengan pilihan..pilihan yang mana ianya peluang untuk kita berfikir, mana yang terbaik mengikut pandangan mata manusia..memikirkan akibat baik dan buruk hasil dari pilihan, memikirkan kebahagiaan dan kesengsaraan hasil dari pilihan, dan itu hanyalah di atas dasar pemikiran manusia..

tapi kita lupa bahawa, di sebalik pilihan yang diberi, di sebalik peluang untuk memilih itu, adanya yang Maha Mengawasi..dan kadang, takdir yang ditentukan tidak sama dengan pilihan yang bertakhta, langsung marah menghuni diri, langsung tidakpuashati menyelubungi diri..hakikatnya, kita lupa bahawa takdir yang ditentukan adalah pilihan dari Allah, dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang patut hamba Dia pilih..

pilihan milik kita, tapi penentuan milik Dia yang Abadi! ;)

wamakaru wamakarallah, wallahukhairulmakirin!
"dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang."

__________
ya Allah, tentukan yang terbaik buat kami, agama kami, iman kami, dan hati kami,,

bila ia takdir, maka Allah lah yang bertanggungjawab!
untuk menampakkan Islam itu indah, maka kita yang terlebih dahulu perlu mengindahkan diri, agar Islam tampak indah dalam diri pengikutnya yang indah..:)

~erk, i mean indah tuh akhlak laa, mulut, perlakuan and so on..

No comments: