Thursday, September 15, 2011

disebalik... (1)

...bismillah...




dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibn Abbas dinyatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda perihal wahyu yang diterimanya daripada Allah tentang seorang lelaki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti..Rasulullah saw sangat kagum lalau baginda mengadu kepada Allah,


"Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan"


kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw dan umatnya dengan memberikan lailatul Qadar..


betapa Rasulullah menyayangi umatnya dan betapa Rasulullah mementingkan umatnya..tidak diminta semua itu hanya untuk dirinya, melainkan kerana umatnya semata..


ya Allah, betapa bertuahnya umat nabi Muhammad sebab adanya baginda yang cukup sayang pada umatnya..pastinya kerinduan menerjah pintu hati para abid untuk bersama dengan baginda, dan harapannya semoga ia juga berjaya mengetuk pintu hati kita untuk merindui baginda..


Allahummasolli ala saidina muhammad..


*dan pemuda bani Israil itu ialah nabi Sam'un yang telah berjihat kepada Allah selama seribu bulan..
*indah jalan cerita Allah, sebab dan munasabab berlakunya sesuatu untuk menunjukkan kekuasaan Dia yang Maha Berkuasa..Allahu Akbar..
*ya Allah, tambahkan kerinduan kami buat junjungan besar Nabi Muhammad saw..rindu nak ke bulan rabiul awal..insya Allah, semua dalam perancangan Dia..

1 comment: