Thursday, August 11, 2011

downline saham akhirat

...bismillah...



"awak perasan tak, kalau awak baik, mesti ada orang yang akan cakap pasal awak kan??dan pastinya benda yang keluar dari mulut orang tuh perkara baik-baik kan??"

means, contohnya kita tolong orang tua lintas jalan, for sure orang yang tengok akan cakap, ya Allah, baiknya budak nih..then, if sorang tengok, sorang dah doakan kita, but then if yang tengok tuh dalam 10 orang??then, yang 10 orang tengok tadi tuh, balek cerita pulak dekat kawan dia lagi 3 orang..kemudian yang 3 orang tuh, cerita lagi dekat kawan masing-masing lagi 4 orang..kemudian..........

tak akan abes orang yang doakan kita tow..it's just like downline..dari duk fikir nak cari downline dunia, ada yang cakap boleh, ada yang masih was-was dan ragu, then jom kita rebut downline akhirat yang mana sah-sah halal dalam Islam..



itu simulasinya, but then kita tak tahu laa banyak mana yang Allah kurniakan pada kita dengan syarat, dalam usaha cari downline tuh tak ada unsur riak, nak menunjuk, showing off atau pon nakkan pujian, but then perlukan satu jee, that is ikhlas..ikhlas susah nak dapat kann, orang yang duduk atas sekali boleh laa guna modal ikhlas, so kita yang masih di peringkat bawah ni, guna modal tolong sebab nak bantu..tak pon, tolong tanpa niat pape..eh, susah jugak yep..alah yang penting, tanpa unsur yang dinyatakan tadi..kalau tak, secara automatik downline anda akan tak mendatangkan keuntungan..hehe..

tak susah pon nak rebut syurga Allah, dan tak senang jugak nak confirmkan diri as penghuni syurga Allah..tapi, jangan lupa jugak, tak susah jugak nak terjatuh ke neraka Allah, dan tak senang jugak syaitan nak jatuhkan kita ke neraka Allah selagi nafsu bisa diperangi insya Allah..

eh, neraka pon ada downline jugak..ha, try la buat jahat, then bila ada orang bercakap tentang kejahatan kita, dan diselit dengan kata-kata, eh, jahatnya dia..itu belom ekstrem, nak yang lagi kow, kita bole fikir kan..then, the words will become a prayer for you..kalau sorang, mungkin Allah tak dengar, tapi kalau dah beratus yang berdoa, tidakkah ia akan termakbul??dalam beratus tuh pulak, mesti ada orang-orang yang memang Allah akan makbulkan doa dia..haaa, baru haru kann??

just remember, kenapa Allah biarkan sesetengah hambaNya teros menikmati nimat dunia padahal mereka langsung tak bersyukur??ia kerana dalam kalangan orang tuh ada yang dikasihi Allah, dan orang yang dikasihi tuh selaloo berdoa untuk kesejahteraan hidup, mana mungkin Allah tak makbulkan doa orang tuh, sebab orang tuh amat dicintai Allah..dan mungkin kerana abid-abid yang dicintai Allah nih ada dekat dengan kita, dan kita teros dapat rasa nikmat Allah yang melata..masya Allah, pemurah kan Allah??penyayang kan Allah??

*sebenarnya manusia nih kelakar, sementara menunggu kematian menjemput, macam-macam yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, tapi malangnya pengisian tuh tak bertepatan dengan apa yang Allah nak..macam buat karangan tapi lari tajuk, dan ditulis hanya nak bagi nampak penuh jee, mana nak dapat markah penuh kan??=D
#sebenarnya, tak apa kalau tak nak berkawan dengan penjual minyak wangi, dan memilih untuk berkawan dengan penjual arang asalkan kita tahu jaga diri dari terpalit arang miliknya, malah mungkin kita boleh menjadi penjual minyak wangi tuh dan palitkan pada dia sedikit demi sedikit..itu tandanya sayang yang ertinya sentiasa bersama walau dalam keadaan senang atau susah, baik atau buruk dan cuba pimpin dia ke jalan yang Allah nak..=,=,,
~kerana takdirnya begitu, dan sayer akan cuba sedaya pinta kekuatan dari Allah, dan bukannya pinta dikurangkan ujian..itu harus farihah!!