Sunday, July 17, 2011

alam malakut

...bismillah...


alam malakut! tiap manusia ada kembarannya di alam malakut..malah tiap apa yang ada di dunia mempunyai kembaran di alam malakut..


ketika jenazah mahu dibawa ke alam perkuburan, seolah akan berlaku satu upacara perpisahan..jelmaan benda yang disayangi akan muncul yang diwakili dari bentuk malakut..


roh mayat akan dipertemukan dengan bentuk malakut seluruh harta kekayaan di dunia..maka roh akan berkata,
"dahulu, aku bersusah payah mengumpul kamu, sekarang apa yang kamu bekalkan pada akhir hidupku ini?"


kekayaan akan menjawab,
"ambillah daripada kami kain kafan kamu!"


walau sebanyak mana pon harta yang kita kumpulkan, walau sebanyak mana kesenangan yang kita rasai di dunia, ia langsung tak dapat menolong manusia di alam seterosnya melainkan hanya kain putih yang bernama kain kafan..


kemudian roh akan dipertemukan dengan malakut seluruh ahli keluarganya..roh akan berkata,
"dahulu, aku bersusah payah menjaga dan memelihara kalian, aku sayang dan cinta akan kalian, apakah bekalan kalian untukku bagi perjalanan terakhir ini?"


keluarganya akan menjawab,
"kami hantarkan kamu pulang dan kami akan injak-injak tanah tempat kamu kuburkan."


melainkan bagi manusia yang dikasihi, dan dekat dirinya dengan hati-hati manusia yang lain, dengan izin Allah akan sampai doa dan amalan yang lain buat membantu dirinya di sana..


roh juga akan dipertemukan dengan makhluk yang elok kejadiannya, indah dan ceria wajahnya..tenteram hatinya bila melihat wajahnya..baunya harum semerbak dan roh akan bertanya,
"siapakah kamu?"


"aku adalah amal kebaikanmu..aku akan menghantar dan menemani kamu sepanjang perjalanan kedua ini."


bila jawapan ini didengari, roh terasa mahu mempercepatkan masa untuk dikebumikan dek kerana ingin bersama malakut amal kebaikan..namun begitu, tak semua roh disambut dengan malakut amal kebaikan yang elok rupanya, wangi baunya..ada juga yang menyerupai makhluk yang buruk rupanya, menakutkan serta berbau jijik..dan ketahuilah ia berupa bentuk perbuatan burukmu..


kedua makhluk ini akan saling berlumba untuk masuk menemani roh di alam kubur..namun, hanya yang besar, gagah dan perkasa akan berjaya bersama roh..andai amal baiknya di dunia melebihi amal buruk, insya Allah malakut yang wangi akan bersamanya..namun, andai amal buruk melebihi amal baik, nauzubillah malakut yang jijik akan bersamanya..


perkara pertama yang akan dijuji di alam kubur adalah perasaan sepi..dan kerana itu, kita disarankan mendoakan ahli kubur bila melewati tanah perkuburan..


"ya Allah, sayangilah keterasingannya, sertailah kesendiriannya, temanilah kesepiannya, tenteramkanlah keresahanya, curahkanlah kepadanya kasih sayang-Mu dengan kasih yang membuatnya tidak memerlukan kasih sesiapa pun selain Engkau dan tempatkanlah dia bersama dengan orang-orang sebelumnya yang dia kasihi."


~ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah..jauhi kami dari su'ul khatimah..
~adaptasi dari "Indahnya Kematian" karya Bisri M.Djaelani