Thursday, April 28, 2011

WHO LOVES YOU??!!

...bismillah...




sayer : sayer tak faham apa orang fikir sebenarnya tentang cinta..kenapa mereka bertukar-tukar pasangan dalam masa yang sekejap??macam mana mereka fikir sebenarnya??alahai, murahnya kasih sayang pada mereka..


dia : maksod awak??


sayer : yee la, hari ni clash dengan pasangan, then next week dah ada pasangan baru..bukan tuu je, hari ni dia dengan si A..dalam masa yang sama boleh pulak yep dia ada hubungan dengan si B..konon skandal la kan..


dia : owh..biasanya dia sedang mencari keserasian..


sayer : masalahnya cepatnya kasih dan sayang dia beralih arah..wah!!wah!!bukan ini cinta dan kaseh kerana Allah..bukan ini kasih dan sayang yang dicanang kerana pencipta..


dia : sebab kasih dan sayang dia tak ikhlas..biasanya orang yang mencari keserasian dan kesempurnaan tak ikhlas dalam hubungan..


owh, macam tu yep??alangkah bodohnya kan orang yang langsong tak boleh nak appreciate dan nilai erti kaseh dan sayang yang sebenar??sebab tuu lah imam nawawi cakap :


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..”


wah!!itu yang sebenar-benar cinta..cinta tu datang dari Allah, ia sangat suci dan harmoni..cinta tu menghubungkan dua hati yang bersama-sama mencari reda Allah..cinta tuu bukan untuk dinodai dengan hal-hal dunia yang remeh dan temeh..cinta tu ialah memberi dan bukan meminta..cinta itu perlu dihargai dan bukan menyalahgunakan..


manusia zaman sekarang mementingkan kesesuaian, kesempurnaan dan jugak keserasian..siapa kita untuk menentukan dia serasi atau tak??siapa kita untuk menetapkan jodoh kita sebagai hambaNya??kalau hanya kerana sedikit hal temeh dunia dijadikan sebab cinta itu luntur, wah!!itu bukan lagi cinta seorang hamba kepada hambaNya yang lain semata keranaNya..


ohh kamoo!!mungkin ada sesuatu yang hendak diselitkan pencipta dalam buku hidupmu..mungkin ada sesuatu yang mahu dibuktikan kekuasaan Dia Yang Maha Kuasa..kunfayakun..kekuasaan Dia menurut Dia semata..tiada yang mempengaruhi dan terpengaruh..kerana Dia adalah pencipta cinta, kaseh dan sayang..kerana Dia yang menetapkan segalanya..


dia : kita tiada hak untuk membenci..itu maknanya kita tidak reda dengan takdir Allah..


sayer : tapi kalau kita membenci untuk mencari kekuatan??membenci untuk sementara waktu..membenci supaya kita jadi lagi kuat..


dia : mungkin itu yang sebaiknya daripada menyesali takdir..


owh!!begitukah??emak berpesan, jangan kita buat orang even orang tu banyak buat kita..sebab Allah Maha Adil..hukum karma tetap ada..Allah takkan tinggal hambaNya selagi hambaNya tidak melupakan..hanya ingat dan fikir bahawa setiap apa yang direncanakan pasti Dia ada reason Dia tersendiri..sebab Allah tahu cara memujuk hambaNya..


baiklah!!kamoo..tolong bangon dari ulit mimpi yang indah..tolong keluar dari lautan berduri yang tajam..tolong melangkah ke alam sedar di bawah payung lindungan ya Rabbi..kerana Allah tahu segalanya..kerana Allah itu MAHA segala-galanya..


kamoo!!say thank you my friends..say thank you pada dia..sebab menyedarkan kamoo dari teross tersasar dan menyesatkan..kerana Allah sayang kamoo..senyum lagi dan lagi!!pelangi petang menunggu kamoo di penghujung hari..=)

No comments: