Sunday, April 3, 2011

mana qiyamullail kamooooo??

...bismillah...


“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”  ( HR Bukhari dan Muslim )


"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." -TG NIK AZIZ-


nauzubillah kan..semoga malaikat Allah teross dan teross berlapang hati untuk datang mengejutkan kita..betapa Allah sangat menyayangi hambaNya sehinggakan hanya sedikit usaha yang kita buat, tapi sebesar ganjaran yang diberikan..sesungguhnya tiada cinta kasih dan sayang yang melebihi cinta kasih dan sayang Allah kepada hamba, dan cinta kasih dan sayang rasulullah kepada ummat..


seringkali hati rasa takot bila terjaga, tapi nafsu membisikkan kata-kata malas agar teross membungkamkan diri..malangnya, hati sayer berkali-kali tertewas dek nafsu yang ada..walau hati takott Allah akan jauh, dan jauh bila sayer tidak cuba mendekati..peluang Dia bagi, tapi syukur seorang hamba susah dititipkan..


yess, perlu untuk kamoo mendidik hati agar nafsu berjaya dikalahkan farihah..9 nafsu tidak bermakna 1 akal kamoo mesti kalah farihah..9 nafsu itu perlu untuk dididik agar ia selari dengan 1 akal kamoo dan iman yang kamoo ada..jom!!jom!!jom!!bangkit, bangonnn..kerana kamoo tahu Allah maseh sayang kamoo!!ujian Dia tanda sayangnya Dia bila kehendakNya ingin mentarbiyah kamoo dengan caraNya yang kita langsong tak terfikir..


muhasabah lagi dan lagii!!!


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 15-18).

No comments: