Wednesday, February 9, 2011

uniknya hiburan ALLAH!!:DD

...bismillah...

"Anak-anak akhirat tersenyum sinis apabila melihat anak-anak dunia berlari mengejar sebiji bola!"





dipetik dari sebuah blog yang di'stalk' oleh sayer lately nih..menginsafkan bila baca, tenung, tilik dan hayati tulisan dia..sangat menghiburkan hati dan jiwa yang dahagakan tazkirah dan bi'ah soleh solehah..sangat mendamaikan buat menghapus gersangnya ketulan merah ini..sangat mengasyikkan sampai terlewat bersiap ke kelas!!:DD


dia seorang insan yang diuji Allah dengan keadaan yang hamper lumpuh, berhempas pulas melawan saket dan derita..namun, Allah berikan ketabahan dan Allah juga dekatkan jarakNya dengan insan lemah itu..tulisannya tidak pernah sia-sia..coretannya pasti terselit hikmah dan pengajaran..kata hatinya boleh membuka mata hati untuk terus tingkatkan iman..sungguh!!tulisannya bisa menyiat hati seorang manusia yang sempurna dengan nikmat sehat dan iman!!


dia tabah, dia kuat, dia sangat mujahadah!!tak pernah mengeluh, marah jauh sekali..Allah tarik nikmat sihat, Allah bagi kelebihan lain buat dia..mungkin melalui tinta itu kekuatan datang..mungkin jugak dengan cara menulis dia terus tegoh di jalan Allah..mungkin jugak peranan abi dan uminya sebagai ibubapa yang baek mempengaruhi semangat juangnya..mungkin jugak tarbiyah yang Allah hadirkan dalam diri jadi benteng akidah..dan kini, mungkin suaminya pula yang bersama-sama menelusuri hidup menjadi pendamping setia..:D

berbalas kata di blog bersama en zauj nya..berbalas peringatan jugak mungkin..bahagianya mereka sehingga terasa para pembaca yang setia..sentiasa menanti entri terbaru walaupun sayer belom khatam blognya..:))


indahnya tarbiyah Allah..indahnya ketentuan Allah..uniknya ujian Allah..sungguh, bila hati dekat dengan Allah, bila jiwa takot hilang Allah, bila Allah sebati dalam hidop, tabah dan sabar dengan mehnahNya akan hadir..:)


dalam almost entri dia, ada terungkap kata-kata indah..dan, sungguh syahdu satu kata yang selalu diulang, ulang dan ulang lagi..



Allah tahu cara memujuk hambaNya..

yess!!Allah tahu cara memujuk hambaNya, Allah ada cara tersendiri bagi memujuk hambaNya, Allah tahu apa yang perlu untuk memujuk hambaNya..Allah tahu apa yang perlu untuk menggembirakan hambaNya yang sedang kesedihan..Allah sedia maklom apa yang hambaNya hajati walau tidak dikhabarkan..sungguh, cara pujukan Allah amat unik!!


anugerah itu hiburan..sakit jugak hiburan..seeee??uniknya hiburan Allah untuk kita..bukan dengan muzik yang keras, bukan dengan cerita unsur tahyol, bukan jugak dengan khayalan di alam fantasi..tapi, dengan jalan untuk mewujudkan ketabahan, kekuatan agar hambaNya dapat menilai dengan baik apa yang cuba disampaikan..


sungguh!!sunguuh!!sungguuuuhhh!!sayer jatuh cinta dengan blog dia..tulisan dan coretan hati insan itu..sungguhhhh, bi'ah soleh solehah bukan saja wujud di alam nyata, bahkan alam maya jugak berlaku!!


syukran ya ukhti!!kerana menyuburkan lagi bi'ah itu dalam diri sayer..kerana sayer tersedar pada hari ini..kerana sudi berkongsi supaya ramaiii yang dapat manfaatt!!


doakan moga ukhti menulis, menulis dan terooosss menulis agar lebih ramaii yang akan jatoh cinta dengan Allah dan Islam dan Nabi dan tarbiyah dan yang seangkatan dengannya..:DD


*link blog dia sudah diabadikan di blog sayer..please scroll down!!
*terlalu asyik sampai takmo pegi kelas!!kiki..:DD
*nak buang jeles jaoh jaoh!!hope manage to do it!!:))

No comments: