Wednesday, September 22, 2010

DIA...

dulu, aq tersadung..aq bangun sendiri..walaupun ada yang menghulurkan tangan untuk berlari bersama 'nya'..namun aq tolak..kerana dalam hati aq, aq hanya nak berdiri, dan berjalan..aq nak macam yang orang lain buat..

aq bangun, tampa bantuan 'tangan' itu..aq berjalan dan terus berjalan..dan aq tahu aq telah ditinggalkan empunya 'tangan' tadi..namun, aq tak kisah sebab masih ramai yang berjalan bersama aq, malah ada yang hanya berdiri..

aq fikir, cukuplah dengan hanya berjalan..aq tetap akan sampai ke destinasi walaupun aq tahu ganjarannya akan berkurang..aq tetap degil..masih keraskan hati..

dalam kelekaan aq berjalan, tiba-tiba kakiku tersadung, dan jatuh tersungkur..kali ni, aq tak berdaya lagi nak bangun..aq tengok orang yang berjalan, malah orang yang berdiri..lama aq di situ..sampai ada yang berjalan tadi, mula membuka langkah larian..aq menangis, namun aq tetap di situ..

tiba-tiba,empunya 'tangan' yang meninggalkan aq tadi menghulur..mengajak aq berlari bersama..walaupun 'dia' tahu bahawa rentakku akan perlahan, namun 'dia' rela berlari bersamaku dan menunggu lukaku betul-betul pulih supaya aq dapat berlari bersama-sama dengan pantas..rupa-rupanya 'dia' masih lagi ingin bersamaku..'dia' tidak meninggalkanku...sankaanku meleset..'dia' sentiasa bersamaku..

aq bangun, memulakan langkah satu persatu, namun 'dia' tetap di sisiku..aq mula berjalan biasa..'dia' juga berjalan bersamaku..aq mula melajukan langkah, dan yang pasti 'dia' mengikut rentakku..tapi, aq masih tak mampu berlari dan melajukan langkahku..namun, aq yakin, 'dia' akan tetap bersama langkahku..

dalam perjalananku, banyak ujian..tapi, aq rasa ringan sebab 'dia' ada bersamaku mengharungi semuanya..'dia' dengar semua keluhanku..'dia' jugak tak pernah mengeluh dengan sikapku..malah, 'dia' cipta banyak lagi ujian padaku sebab 'dia' nak dengar lagi rintihan aq..

doa aq, supaya 'dia' akan tetap bersamaku..doaku, 'dia' akan tetap bersama langkahku..doaku, agar 'dia' akan sentiasa di sisiku..dan aq tahu, doa aq tu, dah lama termakbul..namun, aq akan terus berdoa..sebab aq takut 'dia' akan pergi dan tinggalkan aq terkapai-kapai..aq tak nak 'dia' biar aq hanyut dalam dunia aq sendiri..aq tak nak gagal dalam setiap ujian 'dia'..

dan aq tahu kini, aq takut untuk kehilangan 'dia'..mungkin aq tak layak untuk cakap yang aq cinta 'dia', namun aq tahu aq betul-betul takut 'dia' tinggal aq..aq tak mahu dibenci oleh 'dia'..

Dia Yang Maha Esa..
Dia Yang tak pernah jemu memberi Nur Nya padaku..
Dia yang tak pernah penat mendengar keluhanku..
Dia yang tak pernah letih mewarnakan hidupku dengan ujian Nya..
Dia Yang Tahu Segala-galanya..
Dialah Yang Berkuasa.
DIALAH..
ALLAH S.W.T

No comments: